Home Siapa Saya Disclaimer Mengapa Shaklee Cara Order Nak Jadi Ahli?

Tips Atau Cara Hilangkan Dagu Berlapis




Lapisan kulit dan lemak tisu ekstra yang terletak di bawah dagu anda dikenali sebagai dagu berlapis a.k.a 'double chin'. Seseorang itu boleh mendapat dagu berlapis apabila terdapat pemendapan jumlah lemak yang berlebihan di bawah kulit akibat berat badan yang berlebihan. Selain itu, pengambilan terlalu banyak makanan yang tinggi kalori, penuaan, kurang aktiviti fizikal dan faktor genetik juga menyumbang kepada dagu berlapis.

Walaupun terdapat prosedur pembedahan yang boleh membantu hilangkan dagu berlapis, tetapi prosedurnya agak mahal sedikit. Namun, jangan risau kerana anda boleh rawatan sendiri di rumah yang mudah, murah dan tidak menyakitkan serta bebas dari kesan sampingan seperti berikut:

Gula-gula getah bebas gula 

Untuk menghilangkan dagu berlapis, ianya sangat penting untuk menjaga otot muka. Salah satu cara terbaik adalah dengan mengunyah gula-gula getah yang bebas gula. Ini kerana ia tidak akan membuatkan gigi anda sakit sebaliknya menguatkan lagi gigi dan gusi anda. Pada masa yang sama, aktiviti mengunyah gula-gula getah akan memberikan otot rahang anda senaman yang selama berjam-jam. Anda boleh melakukan aktiviti ini beberapa kali sehari untuk mengurangkan dagu berlapis dalam masa secepat yang mungkin. 



Vitamin E 



VIT E complex with GRAPE SEED EXTRACT 
dari Shaklee ! Yeahhh..beri kebaikan yg berganda! 

Antara kebaikan grape seed extract - 20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E, dan 50 kali lebih besar daripada vitamin C!!

Tahukah anda bahawa pengambilan vitamin E secara harian dapat menyingkirkan dagu berlapis? Ini kerana vitamin E sangat bagus dalam meningkatkan keanjalan dan kesihatan kulit. Vitamin E boleh didapati secara semula jadi dalam sumber makanan seperti sayur-sayuran hijau, produk tenusu, beras perang dan banyak lagi. Anda juga digalakkan untuk mengambil vitamin E secara harian dengan mengambil supplemen.




Lemak koko

Anda boleh menyapu leher dan dagu dengan lemak koko a.k.a 'butter cocoa' untuk menyelesaikan masalah dagu berlapis. Cara-caranya ialah ambil beberapa sudu lemak koko dan masukkan ke dalam ketuhar mikro untuk memanaskannya. Kemudian, urut kawasan leher dan dagu dengan lemak koko yang sedikit panas perlahan-lahan. Untuk lebih efektif, pastikan anda melakukan aktviti ini beberapa minit sebelum tidur pada waktu malam dan sebelum mandi pada waktu pagi. Kegunaan lemak koko secara kerap dapat meningkatkan keanjalan kulit anda. Cubalah. 


Susu

Susu sangat bagus untuk menegangkan kulit di sekitar kawasan dagu. Gunakan susu sebagai toner dan pakaikan pada dagu. Kemudian, urut untuk beberapa minit sebelum membilasnya dengan air suam. Satu lagi cara adalah dengan membuat 'masker' gabungan susu dan madu. Campurkan kedua-dua bahan dan gunakannya di kawasan dagu selama sepuluh minit sebelum cuci dengan air suam. Ulang proses ini sekali sehari untuk menjadikan kulit lembap dan licin serta membantu kurangkan dagu berlapis dengan cepat. 



Tembikai

Aplikasikan ekstrak jus tembikai yang segar dengan gunakan kapas pada kawasan di sekitar dagu dan leher. Biarkan selama 15-20 minit sebelum cuci dengan air bersih. Untuk hasil yang lebih baik, gabungkan jus tembikai dengan jus epal, kemudian urut di sekitar rahang anda. Pada masa yang sama, anda juga disarankan memakan tembikai secara harian kerana ia mengandungi kandungan air yang agak tinggi. Justeru, ia membantu untuk mengusir toksin yang tidak diingini daripada badan anda serta membantu dalam penurunan berat badan.

Air

Untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan dagu berlapis, anda perlu minum air secukupnya. Kajian mendapati bahawa kekurangan air boleh menambahkan berat pada muka anda dan menyebabkan dagu berlapis. Jadi, cuba untuk minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari kerana ia membantu untuk mengusir toksin yang tidak diingini dari dalam badan anda. Pada masa yang sama, kawal diri anda daripada pengambilan kopi, alkohol, teh dan minuman berkarbonat secara kerap.

Teh hijau 

Pengambilan teh hijau secara kerap merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menghilangkan dagu berlapis. Seperti anda tahu, teh hijau mengandungi antioksidan yang kuat dan pelbagai komponen yang mempercepatkan kadar metabolisme serta membantu untuk membakar ekstra kalori. Jadi, ia memang idea yang baik untuk minum teh hijau daripada kafein. Mulakan hari anda dengan secawan teh hijau setiap hari untuk melihat transformasi dagu anda!





Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa ...











Zailatul Akmal

Shaklee Independent Distributor [ID No : 882322 ]

SMS / WHATSAPP 019 344 3650 





"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggunggjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sbg SID ( ahli Shaklee ), anda boleh menghubungi saya untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch Shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 882322 dan anda akan diberikan bimbingan daripada saya ..."

















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...