Home Siapa Saya Disclaimer Mengapa Shaklee Cara Order Nak Jadi Ahli?

Set Kesihatan Sendi Shaklee



Bagaimana sakit Sendi (Arthritis) terjadi? 







Arthritis paling biasa ialah osteoarthritis, yang berlaku apabila rawan yang menampan hujung tulang pada sendi kita lama-kelamaan merosot. Perkataan ‘Oste’/‘Osteo’ bermakna tulang dalam bahasa Yunani.



Osteoarthritis
-----------------------

  • Osteoarthritis (OA), juga dikenali sebagai osteoartroses atau penyakit sendi degeneratif, adalahjenis arthritis paling biasa. Osteoarthritis ialah keadaan yang kronik dan mencirikan kerosakan rawan sendi. Rawan ialah bahagian sendi yang melapisi dan menampan hujung tulang dan membolehkan kita menggerakkan sendi dengan senang.


  • Rawan sihat sangat kuat serta anjal dan membolehkan sendi bergerak dengan licin tanpa kesakitan. Namun apabila diserang osteoarthritis, rawan menjadi rosak dan beransur lusuh dan haus. Proses melusuh berterusan sehingga sedikit saja atau tiada lagi rawan tinggal pada sendi terbabit.


  • Ini menyebabkan tulang bergesel sesama tulang. Dalam keadaan sedemikian, sendi anda mungkin mengeluarkan bunyi ‘krik-krik’. Kesakitan dan kekakuan dirasai adalah perkara lazim bagi penyakit osteoarthritis yang berlanjutan.


  • Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:

    1. Sakit pada sendi yang terlibat.

    2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.

    3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.

    4. Adanya pembesaran tulang sendi.
      


  • Osteoarthritis lazimnya membabitkan sendi tertentu saja seperti pinggang, tangan, lutut, bawah belakang dan leher. Osteoarthritis berlaku lebih kerap apabila kita semakin berumur. Sebelum umur 45 tahun, osteoarthritis berlaku lebih kerap pada lelaki. Selepas umur 55 tahun, ia berlaku lebih kerap pada wanita.







Fakta Rawan
---------------------

  • Rawan boleh dibina semula dan ditumbuhkan semula secara semula jadi. Namun, dalam penyakit osteoarthritis, rawan dimusnahkan lebih cepat daripada ia dibina semula.
  • Ramai yang menghidap osteoarthritis tidak mengambil khasiat untuk rawan mereka. Kita harus membekalkan nutrien perlu kepada badan supaya ia dapat membina rawan kuat dan anjal.
  • Mempunyai rawan kuat dan anjal adalah langkah pertama untuk mewujudkan sendi sihat. Justeru dengan sokongan nutrisi betul, penghidap osteoartritis dapat membina dan menumbuhkan semula rawan yang haus dan lusuh.






Sokongan Nutrisi untuk Osteoartritis
------------------------------------------


  • Glukosamin dan kondroitin adalah dua sebatian nutrisi penting yang digunakan untuk rawatan osteoarthritis.
  • Glukosamin dan kondroitin adalah komponen semula jadi bagi tisu sendi yang sihat.Ia menjalankan tugasnya dengan membekalkan ramuan mentah semula jadi yang diperlukan rawan untuk membaiki dan membina semula dirinya dan juga menumpaskan enzim semula jadi yang merosakkan rawan itu pada mulanya.
  • Glukosamin ialah sejenis sebatian semula jadi yang didapati dalam rawan sihat.Glukosamin juga unsur biasa glycsoaminoglycans dalam matriks rawan dan cecair sinovial. Molekul ini digunakan dalam pembentukan dan pembaikan rawan.
  • Kondroitin adalah unsur glycsoaminoglycans paling banyak dalam rawan dan ia bertanggungjawab memberi kebingkasan kepada rawan. Ia bertindak sebagai ‘magnet air’. Keupayaan kondroitin memegang air memberi ketegasan kepada rawan dan bertindak sebagai ‘penyerap hentakan’.
  • Mengambil suplemen glukosamina membantu melegakan sakit sendi, membina semula rawan, meningkatkan keanjalan, melincirkan sendi, menggalakkan tisu sambungan yang sihat dan mengurangkan kekakuan.
  • Pada tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan suplemen glukosamin dan ekstrak Boswellia jauh lebih berkesan untuk merawat osteoarthritis sederhana hingga tenat berbanding ubat anti radang yang berkuasa (celecoxib), malah jika glukosamin atau kondroitin diambil secara berasingan dan bersendirian sekalipun.
  • Kajian terkini menunjukkan kondroitin sulfat mengganggu penyerapan Glukosamina yang biasanya sennag diserap.


Shaklee menawarkan suplemen berasaskan sumber semulajadi dan berkualiti untuk membantu anda mengatasi masalah ketidakselesaan sendi.











Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tabl
et
memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga cara :

  1. menyokong keselesaan sendi
  2. memelihara tisu penyambung yang sihat
  3. meningkatkan kesan kusyen
















Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee
adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan.



  1. bertindak sbg pelincir
  2. mengurangkan inflamasi akibat sakit sendi









Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat


Ostematrix
Shaklee mengandungi :

  1. Kalsium (penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen)
  2. Magnesium (bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya)
  3. Vitamin D (merangsang penyerapan kalsium)







Redakan penderitaan anda atau orang tersayang dengan suplemen Shaklee Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard & Ostematrix. Ternyata kelebihan suplemen Shaklee sentiasa Selamat, Mesra Alam, Semulajadi & Berkesan.


Set Kesihatan Sendi ini juga sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada ibu bapa yang anda sayang ...








Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa ...




Zailatul Akmal



Shaklee Independent Distributor [ID No : 882322 ]


SMS / WHATSAPP 019 344 3650 



Boleh refer sini untuk Senarai Pengedar Shaklee yang sah seluruh Malaysia :)  


Nak sertai "keluarga Shaklee" saya untuk jana pendapatan lumayan dalam biz Shaklee ?
   




"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggunggjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sbg SID ( ahli Shaklee ), anda boleh menghubungi saya untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch Shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 882322 dan anda akan diberikan bimbingan daripada saya ..."





No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png