Home Siapa Saya Disclaimer Mengapa Shaklee Cara Order Nak Jadi Ahli?

Berniagalah Dengan Jujur Dan Beretika







Assalamualaikum,



Entry ini sekadar peringatan kepada kita semua yang sama2 SID Shaklee.


Gambar kiri adalah poster yang saya edit. 


Ini adalah kali ke berapa dah, poster saya dicrop dan ditambah dengan nama, hp no SID lain. 


Ini bukan perkara baru, tapi ia umpama kudis dalam perniagaan. Bukan sahaja dalam biz Shaklee, bisnes lain pun alami masalah yang sama. Baik jual baju, tudung, kek dan lain2.


Sikap yang paling penting adalah jujur. Tanya balik diri sendiri, apa tujuan kita berniaga? Untuk dapatkan rezeki yang halal untuk kita dan anak2 makan.


Jadi pastikan kita bermula dengan jujur. Jangan la ambil poster orang, crop. Apa salahnya share & bagi credit. 


Walaupun poster saya tu tak lah cantik mana tapi sekurang2nya , tolong hargai penat lelah orang lain . Kalau dah tahap malas atau alasan lain tiada masa nak edit, anda boleh share or guna dengan bagi kredit pada tuan asal atau minta izin .



Harap semua berniagalah dengan jujur. Jadilah seorg peniaga yang beretika.


****Dulu masa saya edit poster, tak fikir pun orang lain akan crop . Sekarang ni , lepas apa yang terjadi , semua gambar saya edit, memang saya letak nama sana sini . ****


Terima kasih ....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...