Home Siapa Saya Disclaimer Mengapa Shaklee Cara Order Nak Jadi Ahli?

Kepentingan Zat Besi Untuk Ibu Hamil





"PERNAHKAH anda berasa letih, sakit, terganggu atau lemah semasa mengandung? Jangan abaikan gejala ini dengan menganggapnya sesuatu yang 'biasa' semasa hamil.

Tahukah anda bahawa
seorang dalam setiap tiga wanita, mengalami masalah ini kerana anemia atau kekurangan zat besi.

Disebabkan masalah kesihatan ini tidak disahkan dan tidak dirawat, ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Premitha Damodaran, zat besi adalah
komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

"Wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil dan selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka. Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (< 12-15mg/dl), wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi," ujarnya di bengkel pendidikan bertajuk 'Kehamilan dan Anemia: Lebih Lazim Daripada Yang Anda Jangka, Panduan Memastikan Ibu Sihat Sejahtera' anjuran Merck Consumer Healthcare baru-baru ini.

Beliau menjelaskan kekurangan zat besi dalam badan mungkin disebabkan diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.

Keperluan Tambah Dr. Premitha,
wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi.

Dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi semasa hamil, bertambah daripada 15 kepada 27mg/dl sehari.

"Malangnya, ramai wanita memulakan kehamilan tanpa simpanan zat besi yang secukupnya. Akibatnya, ia berlanjutan walaupun selepas melahirkan anak," ujarnya

Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa bersalin, melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang menyusukan bayi akan berisiko kekurangan zat besi.

"Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap kerumitan serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat lahir rendah dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia," ujarnya.

Pencegahan Dr. Premitha menasihatkan wanita agar mengubah gaya hidup dan pemakanan.

"
Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, sayur hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, tembikai, labu, bijan dan tauhu," katanya.

Dalam kebanyakan kes,
doktor akan mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

"Golongan berisiko anemia juga boleh mempertimbangkan pilihan zat besi tambahan dengan salutan perasa untuk melindungi rasa logam," katanya.

Bagi meningkatkan keberkesanan dan mengurangkan kesan rencatan, ibu-ibu disyorkan agar mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan.

Selain itu,
pengambilan vitamin C membantu meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan kadar serapan jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.

Dalam kes anemia serius dan mengancam nyawa, wanita mungkin perlu dimasukkan ke hospital, menjalani pemindahan darah dan suntikan zat besi.

"Justeru wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan darah mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil sert empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

"Mereka
boleh mengekalkan kecergasan masing-masing dengan mengambil sejumlah zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan bagi membantu meningkatkan paras hemoglobin darah.

"Jangan lupa mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika menghadapi simptom anemia," ujar Dr. Premitha.



Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd





Rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita hamil hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.


" Kekurangan zat besi membuatkan tubuh rasa lemah dan lesu. "


Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:
  • Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
  • Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
  • Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
  • Ibu yang menyusukan bayinya

Gejala dan kesan anemia terhadap kehamilan :

  • Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
  • Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.

Pengesanan


  • Pemeriksaan di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah. 

  • Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka. 

  • Pencegahan dan rawatan : Meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.

  • Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

Credit : Harian Metro


Secara ringkasnya , seorang ibu hamil memerlukan zat besi yang mencukupi agar tidak mengalami tekanan darah rendah atau anemia.

Jika anda ibu hamil yang sedang mencari makanan tambahan zat besi yang sesuai, boleh cuba Vita-Lea Shaklee yang lengkap dengan zat besi untuk keperluan ibu2 mengandung.



Kenapa mesti pilih Shaklee ? 












Nota kasih sayang : Pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan serapan zat besi , manakala teh dan kopi pula akan mengurangkan kadar serapan zat besi .







Klik sini , untuk info lanjut tentang Vita-Lea Shaklee .


************************************************************************


Untuk pengetahuan anda , bulan ini ( FEBRUARI 2014 ) adalah bulan promo dari Shaklee untuk produk Vita-Lea Shaklee ( BUY 6 FREE 1 ) .Jadi anda boleh pakat2 dengan kawan2 atau famili anda untuk beli promo kali ini . Kalau nak beli 1-2 botol dengan harga promo pun tiada masalah ye . Boleh hubungi saya untuk dapat harga SUPER JIMAT untuk bulan ini sahaja . Jangan lepaskan peluang okay .....




Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee dan juga dapatkan harga istimewa ...




Zailatul Akmal



Shaklee Independent Distributor [ID No : 882322 ]



SMS / WHATSAPP 019 344 3650 



FB page : Zinnia Z A Online Shop



Instagram :  vitaminsemulajadi




Boleh refer sini untuk Senarai Pengedar Shaklee yang sah seluruh Malaysia :)  


Nak sertai "keluarga Shaklee" saya untuk jana pendapatan lumayan dalam biz Shaklee ?
    




"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggunggjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sbg SID ( ahli Shaklee ), anda boleh menghubungi saya untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch Shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 882322 dan anda akan diberikan bimbingan daripada saya ..."


TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :)

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png