Home Siapa Saya Disclaimer Mengapa Shaklee Cara Order Nak Jadi Ahli?

Makanlah Untuk Kurus !


Selain senaman, satu lagi cara untuk menurunkan berat badan adalah dengan makan . Namun pastikan anda makan makanan yang boleh membantu mengurangkan lemak atau pun mengurangkan nafsu makan. Ini adalah sebahagian makanan tersebut.

Epal

Semua buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air dan serat dapat menghasilkan signal kenyang di usus kecil. Epal adalah salah satu daripadanya. Setelah dicerna , epal menghasilkan hormon GLP-1 yang mengirimkan signal ke otak untuk memujuk anda berfikir bahawa perut sudah kenyang.

Cili merah

Penyelidikan mendapati bahawa setengah sudu kecil cili merah cincang yang dimasukkan ke dalam makanan dapat mengurangi nafsu makan. Pakar nutrisi mendapati capsaicin iaitu sebatian yang berperanan untuk memberikan rasa panas dan pedas pada cili dapat mengurangkan rasa lapar sambil meningkatkan tenaga.

Teh hijau

Menurut American Journal of Clinical Nutrition, teh hijau mengandungi katekin iaitu zat yang dapat merangsang tubuh untuk membakar kalori dengan lebih banyak. Selain itu, teh hijau juga mengandungi antioksidan tertentu yang diyakini memiliki kesan pada hormon leptin iaitu hormon yang berfungsi untuk mengendalikan nafsu makan.

Rumpai laut

Pakar mendapati bahawa rumpat laut adalah serat makanan semulajadi yang dapat menghalang rasa lapar sehinggalah 30 peratus dan terus berasa kenyang sehingga waktu siang.

Telur

Menerusi laporan dari Jurnal American College of Nutrition, makan dua biji telur dadar untuk sarapan menyebabkan anda akan makan kurang kalori untuk sisa waktu makan yang berikutnya. Jadi , mulailah hari anda dengan sarapan telur bagi mencegah rasa lapar sehingga tiba waktu makan tengah hari.

Limau nipis atau lemon

Lemon mengandungi pektin iaitu serat larut semula jadi dan pembentuk gel yang dapat membakar lemak yang disimpan oleh tubuh dan melambatkan proses pencernaan sehingga anda berasa kenyang lebih lama.

Penyelidik Amerika Syarikat mendapati bahawa asid lemon dan pektin dapat melambatkan penyerapan gula setelah makan dan menghindari gula darah rendah yang dapat mengakibatkan orang berkeinginan untuk makan. Vitamin C dalam lemon juga membantu untuk menghasilkan karnitin, iaitu asid aminountuk mendorong tubuh untuk membakar lemak.

Air putih

Sebuah kajian yang diterbitkan pada 2010 menyatakan bahawa minum air putih sebelum makan benar-benar dapat membantu menurunkan berat badan.

Bawang putih

Para penyelidik baru-baru ini mendapat bahawa kandungan allicin pada bawang putih yang bertanggungjawab memberikan bau menyengat dapat merangsang pusat kenyang di otak, juga mengunjungi rasa lapar.

Bawang putih juga merangsang sistem urat saraf untuk melepaskan hormon seperti adrenalin yang mempercepat kadar metabolisme sehingga tubuh membakar kalori lebih banyak.



Di samping senaman dan pemakanan yang betul, anda juga boleh mengambil suplemen Shaklee bagi membantu anda dalam pengurusan berat badan. Untuk info lanjut, klik sini .





Hubungi Zai untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.










Zailatul Akmal

Shaklee Independent Distributor [ID No : 882322]

SMS / WHATSAPP 019 344 3650 




Boleh refer sini untuk Senarai Pengedar Shaklee yang sah seluruh Malaysia :)  
    





"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggunggjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee ( ahli Shaklee ), anda boleh menghubungi saya untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch Shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 882322 dan anda akan diberikan bimbingan daripada saya ..."


TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :)

No comments:

Post a Comment