Home Siapa Saya Disclaimer Mengapa Shaklee Cara Order Nak Jadi Ahli?

Rawatan Alternatif - Herba Bantu Kurang Serangan Asma / Lelah



Profesor dan pakar perunding respirasi, Prof Dr Roslina Abdul Manap berkata, menurut satu kaji selidik, kebanyakan pesakit percaya asma mereka terkawal sedangkan sebenarnya tidak. 

Hampir satu dalam setiap lima pesakit didapati memerlukan rawatan kecemasan untuk asma dalam tempoh setahun dan 6.7 peratus daripada mereka terpaksa bermalam di hospital. 

Malah, kira-kira 41 peratus pesakit terpaksa menggunakan alat penyedut yang memberi kelegaan segera sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk meringankan tanda asma yang dialami mereka. 

“Statistik ini mengukuhkan lagi hakikat pentingnya untuk mereka mendapatkan rawatan yang betul. 

“Walaupun asma adalah penyakit kronik yang masih tiada penawarnya, pesakit boleh mengawal asma dengan gabungan ubat pelega dan ubat pengawal. 

“Kejadian asma meningkat dengan ketara sejak 40 tahun lalu dan pengurusan penyakit serta gejala secara berkesan penting supaya pesakit boleh menjalani kehidupan secara normal,” katanya. 

Menurut kajian yang dijalankan pada 2009, lebih 300 juta orang di seluruh dunia menghidap asma dan angka itu dijangka meningkat kepada 400 juta orang pada 2025. 

Asma berlaku kerana radang di salur udara atau kekejangan di saluran bronkus dan ia boleh berpunca daripada faktor lain seperti debunga, lipas, bulu haiwan dan kulat. 

Asap rokok, asap kereta, perubahan cuaca, bahan kimia yang beracun, jangkitan virus atau masalah emosi seperti keresahan, tekanan jiwa ataupun senaman berat dan ketawa juga boleh menyebabkan asma. 

Gejala asma termasuk sukar bernafas, nafas berdehit, batuk, sesak nafas dan dada terasa sempit. Bilangan kematian sedunia akibat asma setiap tahun dianggarkan berjumlah 250,000 kes. 

Asma lazimnya menjejaskan kehidupan pesakit dengan serius. Berdasarkan kaji selidik dijalankan oleh Pemahaman dan Pengurusan Asma Di Eropah dan Kanada (EUCAN AIM) pada 2010, kira-kira 40 peratus pesakit asma menyatakan aktiviti sukan dan riadah menjadi terbatas. 

Hampir satu pertiga pula mengatakan aktiviti fizikal mereka terbatas, 20 peratus pesakit tidak dapat bekerja atau bersekolah selama enam hari akibat asma dan tahap produktiviti pesakit menurun sebanyak 40 peratus ketika keadaan asma mereka dalam keadaan kritikal. 

Pakar perunding respirasi, Datuk Dr Abdul Razak Muttalif berkata, walaupun rawatan asma semakin maju, ramai pesakit masih tidak dapat mengawal asma secara berkesan melalui kaedah rawatan sedia ada. 

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatiannya, tahap asma masih terkawal di Malaysia memandangkan mudahnya untuk memperoleh ubat-ubatan mujarab. 

“Hanya pesakit itu sendiri yang berupaya mengawal diri dan penyakit berkenaan,” jelasnya. 

Keadaan sekeliling yang kering ketika musim panas boleh menyebabkan masalah asma bertambah ketara. 

Perubahan cuaca dan keadaan sekeliling adalah pencetus utama penyakit asma yang memenatkan penghidapnya setiap kali mereka bernafas. 

Ramai juga yang merasakan keadaan asma mereka bertambah tenat sewaktu jerebu melanda seperti yang berlaku di rantau ini sekarang. 

Ini boleh membawa perubahan besar kepada keadaan emosi seseorang pesakit asma sehingga boleh memburukkan lagi keadaan penyakit mereka. Inilah antara sebab pesakit asma memerlukan perhatian rapi. 

Dalam usia kanak-kanak, lebih ramai kanak-kanak lelaki yang berpotensi menjadi pesakit asma manakala dalam kalangan dewasa pula, wanita lebih ramai menghidapnya. 

“Di Eropah, kira-kira 17.7 bilion Euro (bersamaan RM71.5 bilion) dibelanjakan untuk rawatan dan pengurusan asma manakala 3.8 bilion Euro (atau RM15.3 bilion) daripada jumlah itu digunakan untuk menampung kos rawatan pesakit luar. 



Petikan : myMetro

Rawatan mengubati asma yang dibekalkan pengamal perubatan profesional terbahagi kepada dua iaitu kelegaan dan kawalan.

Kesan jangka pendek

Ubat kelegaan mempunyai kesan jangka pendek yang boleh membantu menghentikan gejala yang menyerang, manakala ubat kawalan membantu mengawal asma bagi setengah tempoh dengan mengurangkan keradangan dan mukus pada salur udara.

Pesakit boleh juga melakukan rawatan alternatif seperti diamalkan masyarakat Melayu iaitu menggunakan tumbuhan herba bagi mengurangkan atau menghapuskan serangan asma sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

Rawatan alternatif herba yang boleh digunakan :

1) Daun sirih

Rebus daun sirih bersama gula batu pekat.Biarkan suam dan minum rebusan berkenaan dengan segera Sekiranya sakit dada ketika serangan asma, layur daun sirih di atas api dan tampalkan pada dada.

2) Madu asli

Amalkan madu asli, minum sebanyak satu atau dua sudu besar sekali setiap hari. Bagi kanak-kanak kecil , dosnya perlu dikurangkan sedikit iaitu setengah atau satu sudu teh sahaja.

3) Hati unta

Dapatkan hati unta yang telah dikeringkan, potong nipis dan goreng tanpa minyak hingga menjadi arang. Selepas itu, tumbuk menjadi serbuk, rendam sedikit serbuk dalam segelas air mendidih, biarkan sejuk atau suam dengan sendirinya sebelu ditapis dan diminum airnya. Amalkan setiap malam hingga berasa kesannya.

4) Bunga kecubung

Jemur beberapa bunga kecubung dan kemudian gulung seperti rokok daun. Pasang api dana hisap daun kecubung ini.

5) Bawang putih

Ambil lima ulas bawang putih dan hiris nipis. Rebus hirisan berkenaan dengan segelas air, biarkan mendidih sehingga airnya tinggal separuh dan sejukkan dalam suhu bilik. Apabila sejuk tambahkan satu sudu teh madu asli dan amalkannya pada setiap pagi selama 10 hari berturut-turut.

6) Daun pegaga

Keringkan daun ulam berkenaan , rebus dan minum airnya ketika suam.

7) Daun ati-ati

Daun berwarna ungu seperti daun keladi, tetapi bersaiz kecil. Rasanya lembut seperti baldu. Sebelum tidur , basuh daun ati-ati sehingga lembap dan sapukan ke dada. Gosok sehingga kering pada dada, amalkan baca AL-FATIHAH atau bacaan doa lain ketika menggosok.

8) Susu kambing

Minum susu kambing segar setiap pagi.

9) Bawang merah

Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut, kisar dan tapis airnya. Minum air rebusan ini selama seminggu.

10) Bunga kenanga

Celur tiga kuntum bunga kenanga selama lima minit dalam semangkuk air panas. Minum air ini beberapa kali dalam seminggu.


Anda juga boleh gunakan alternatif lain iaitu mengambil suplemen Shaklee yang boleh membantu mengurangkan serangan asma ini. Untuk info lanjut , boleh klik sini .


Hubungi Zai untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.










Zailatul Akmal

Shaklee Independent Distributor [ID No : 882322]

SMS / WHATSAPP 019 344 3650 




Boleh refer sini untuk Senarai Pengedar Shaklee yang sah seluruh Malaysia :)  
    





"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggunggjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee ( ahli Shaklee ), anda boleh menghubungi saya untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch Shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 882322 dan anda akan diberikan bimbingan daripada saya ..."


TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :)

No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png