Home Siapa Saya Disclaimer Mengapa Shaklee Cara Order Nak Jadi Ahli?

Ciri-Ciri Utama Orang Yang Berjaya



Sharing dari Dr Azizan Osman (DAO)

Ciri-ciri utama orang yang berjaya:

Bersyukur

Apa pun jumlah yang kita dapat, kita dituntut untuk bersyukur. Asas bersyukur itu sentiasa akan wujud walaupun sesetengah orang memandangnya satu kekurangan. Walaupun tiada duit, tapi dia perlu bersyukur kerana dia masih hidup. Kalau tiada makanan banyak juga perlu bersyukur kerana masih ada makanan walaupun nasi kosong. Bila bersyukur dengan sedikit, ia akan menjadi banyak. Tapi kalau tidak bersyukur dengan banyak, ia akan menjadi sedikit.

Berterima kasih adalah asas kepada The Power of Gratitude. Lagi banyak kita ucap terima kasih dan bersyukur, lagi banyak Dia akan tambah. Lagi banyak solat, lagi banyak bersyukur.


Bersedekah

Lagi banyak memberi, lagilah anda terpaksa menjadi kaya. Kenapa? Isunya adalah sebab keberkatan. Kalau bersedekah RM7 setahun, tengoklah apa yang Allah berikan padanya pulangan. Gaji RM24ribu setahun, nak buat korban satu bahagian RM480 pun jenuh kemut. Inilah puncanya apabila tidak menjadi golongan yang bersyukur. Tapi kalau anda mula bersyukur, hidup anda pasti akan mula berubah dan anda akan surprise. Segala masalah yang kita hadapi hari ini semuanya datang dari Allah. Hanya Dia sahaja yang boleh menarik balik segalanya. Walaupun kita yang cipta masalah tersebut dek kejahilan kita, kita tetap mesti mohon bantuan dariNya untuk hilangkan segala masalah tersebut dan balik lah kepadaNya.

Sujud

Berapa banyak sujud kita? Orang yang tidak sujud sebenarnya adalah pengejar dunia. Secara logiknya, benda yang dikejar sememangnya akan lari. Tapi kalau kita sujud padaNya, dunia ini adalah milikNya dan Dia berkuasa berikan dunia itu kepada kita. Saya percaya ramai yang solat tapi mungkin ada yang masih belum memperbaiki sujudnya. Berapa banyak solat dhuha, tahajjud, sunat-sunat yang lain sebagai tambahan, tidakkah makin banyak kita bersujud, makin Allah sujudkan dunia untuk kita? Kemudian barulah kita akan dapat banyak walaupun usaha sedikit. Kalau tiada sujud, usahalah sampai terbelahak pun, akhirnya duduklah main biola lagu sedih sebab Allah tak sujudkan dunia untuk kita.

Berselawat

Tak kisah berselawat pendek atau panjang, yang penting selawatlah tanda terima kasih kita kepada Dia yang membawa rahmat ke seluruh alam. Allah dan Malaikat berselawat ke atas Baginda, kenapa masih ada kesombongan dalam diri kita untuk tidak berselawat kepadanya. Kita selawat, Nabi gembira. Bila Nabi gembira, Allah turut gembira. Fikirkan apa yang akan berlaku pada hidup kita apabila Allah gembira.

Suci

Menyucikan diri dengan istigfar. Selalu mohon kemaafan daripada semua samada ada silap atau tidak. Terutamanya selalu mohon kemaafan dari ibu bapa seolah-olah kita tak akan berjumpa lagi supaya jelas segala keberkatan. Lakukanlah sekurang-kurangnya 100 kali.





No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png