Menang Hadiah Giveaway Daripada Mar Mansor | BLOGGER AREA MEGA GIVEAWAY

Assalamualaikum semua pembaca blog Zai ni . Apa khabar ? Harap semua baik-baik sahaja ya . Pejam celik dah seminggu tak jengah blog kesayangan Zai ni... 

Untuk pengetahuan semua, baru-baru ni Zai ada menang GIVEAWAY taw . Alhamdulillah , memamg rezeki Zai menang sebuah novel daripada blogger Mar Mansor . Terima kasih pada Kak Mar dan pihak penganjur giveaway yang sangat menarik kali ini ! 




Tajuk novel ini : 

AKU SUKA DIA 


Penulis : Iman Zahra 
Terbitan : PTS ONE SDN BHD


Dan Zai pun dah selamat habiskan novel ini dalam masa 3 hari sahaja ( Kalau  Zai tak busy , blh habiskan lg cepat. Hahah ! ) Kalau nak taw, Zai ni dari zaman sekolah dulu memang kaki novel pun taw ! ^^ Pernah dulu Zai boleh habiskan baca sebuah novel dalam masa 1 setengah hari je...Hebat tak hebat ?? Ke ada yang lagi hebat ? :P Berbalik pada novel ni , Zai memang suka sangat novel ni. . Memang enjoy baca.. Zai tak nak cerita lebih2 , kalau nak tau kena beli lah novel ni k. Hihihi !


Zai nak puji sikap Kak Mar ini... Pertama , Kak Mar yang pm Zai bagitahu Zai dah menang novel ini . Kedua, Kak Mar selalu pm Zai tanya novel dah dapat ke belum ? Punya la Kak Mar nak pastikan yang novel dah selamat ada kt tangan Zai kan.. ;) Alhamdulillah , terima kasih Kak Mar .. Memang senang berurusan dengan Kak Mar ini . Jom kawan-kawan , follow blog Kak Mar ini ya , kita tambahkan lagi kenalan sesama kita.. ^^




Kak Mar sedang mencari follower blog Kak Mar yang ke 1000 . Siapakah yang bertuah tu ya? 




Oh ya, sebelum Zai akhiri entry ni , Zai nak bagitahu tinggal seminggu je lagi promosi Set Kecantikan Shaklee ya. 3 produk HOT tengah promo murah2 sekarang. Lihat sini utk info lanjut .

Sekian , sampai sini dulu.. Kita jumpa lagi next entry ya .. :)

Assalamualaikum .... 





  Zai  
 XoXo



Vitamin C & Kolagen Untuk Kulit ( Set Kulit Cantik Shaklee )


Assalamualaikum & Hi !

Hari ini Zai nak share petikan dari Utusan Malaysia tentang kepentingan Vitamin C & Kolagen untuk kulit.



Jom baca . Baca dengan teliti k ..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

"SECARA umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaan bukan satu jenis penyakit. Ia harus diterima secara positif.



Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40-an, pakar kecantikan menyarankan pengambilan vitamin dan kolagen.

Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink.

Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun badan. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr. Chin Shih Choon, vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan.

"Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat.

"Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu, vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen anti penuaan," jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik, MJ Medical Aesthetic.

Keperluan

Tambah Dr. Shih Choon, peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri.

Pun begitu, keperluan vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kubis, kubis brussels, merah dan lada loceng hijau, kubis dan bayam.

Mengulas tentang kolagen, Dr. Shih Choon memberitahu, kolagen ialah sejenis protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal.

"Apabila anda muda, anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah," katanya.

Tambah beliau, kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap, madu manuka, dan avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber iklan daripada laut seperti ikan.

"Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroxylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen," katanya yang menyarankan semua golongan tua dan muda mengambil vitamin C dan kolagen."


Kredit : Utusan Malaysia

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Okay, anda semua dah baca petikan di atas ? Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr. Chin Shih Choon menyarankn semua golongan tua dan muda mengambil vitamin C dan kolagen. 


BERITA BAIK buat anda . sekarang ini sehingga 31 Disember 2014, Shaklee sangat sangat bermurah hati untuk membuat promo BESAR-BESARAN utk Set Kulit Cantik Shaklee termasuklah Vitamin C dan Collagen Powder.




COLLAGEN POWDER  <-- KLIK untuk lihat kebaikan produk dan testimoni
  • BELI 3 PERCUMA 1 + PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE + PULANGAN WANG TUNAI ( Bulan Depan ) + PELUANG JANA PENDAPATAN DENGAN SHAKLEE


VITAMIN C <-- KLIK untuk lihat kebaikan produk dan testimoni



  • BELI 6 PERCUMA 1
  • BELI 2 DISKAUN 5%

Dan lagi satu promo ,



VITAMIN E <-- KLIK untuk lihat kebaikan produk dan testimoni


  • BELI 6 PERCUMA 1 + PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE + PULANGAN WANG TUNAI ( Bulan Depan ) + PELUANG JANA PENDAPATAN DENGAN SHAKLEE
  • BELI 2 DISKAUN 5%



********************************************


Hubungi Zai untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee.


Zailatul Akmal

Shaklee Independent Distributor





TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :)

CPUV Nuffnang #5 - Lactacyd: Malay Millennium , Mi Sedaap Cup Noodles Dig , Mah Sing - Avenue Street , Altel Digital Campaign , INTI 2015 Cycle 1 Degree , Mondelez (Chipsmore)



Assalamualaikum & Hi !

Ya Allah , 2 minggu lebih dah jari-jari Zai xberjoget kt blog ni .. Zai baru balik bercuti . Heee ! ;) Balik2 terus check akaun Nuffnang, Alhamdulillah, rezeki bertamu lagi...

Ni semua campaign2 yang tengah menari-nari di blog Zai . Kalau anda sudi, boleh la klik ya.  Lepas tu , boleh bagi tahu Zai . Nanti Zai balas :) 

Hope lama la campaign2 duduk kt blog Zai ni yaaa .. :)

Terima kasih Nuffnang yang baik hati ! 
zinniaza.com © . Designed by MaisarahSidi.com