Home Siapa Saya Disclaimer Mengapa Shaklee Cara Order Nak Jadi Ahli?

(ONE DAY PROMOTION ONLY!) PROMOSI SHAKLEE 28 MEI 2016






ONE DAY PROMOTION ONLY!

➡Sah pada 28 Mei 2016 (Sabtu) ini saja⬅

Beli mana2 set berikut, anda layak dapat FREE vitamin dan beg dr Shaklee!

  • Set Puasa Ramadhan (Percuma Vitamin C 1 botol dan Non Woven Bag)
  • Set Detox (Percuma Cinch Coklat 1 canister dan Non Woven Bag)
  • Set Shapu Up (Percuma Cinch Coklat 1 canister dan Non Woven Bag
  • Pek Kembar Vivix (Percuma Vitamin C 1 botol dan Non Woven Bag

Whatsapp Set A , B , C atau D ke 019.344.3650

*** Sila buat bayaran selewat2nya sebelum 28 Mei ni ya ! ")




RESEPI AIR TURUNKAN KOLESTROL


Air Barli Lemon

Bahan-Bahan:

Barli biji
Madu
Lemon

Cara-caranya:

Basuh barley & rendam seketika.
Masak barli sehingga lembut.
Masukkan dalam cawan - squeeze sdikit lemon + madu.

Siap!

Kebaikan :
- Menurunkan kolestrol
- Menurunkan berat badan
- Mencegah jangkitan saluran kencing
- Mencegah batu karang
- Anti-bakteria - bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema
- Mengawal gula dalam darah

** Utk anda yang Gluten Intolerance - Ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

Enjoy it!

- Dr.Malinda


Tutorial Buang Broken Link


Dah makan ke ?

Okay, entry kali ni tiada kena mengena dengan Shaklee. Tapi zai nk bagi TUTORIAL pulak.

Eh tetiba je nak bagi tutorial ni dah kenapa ???

Al-kisahnya, malam semalam tengah sakan blogwalking, singgah la blog si AISYAH ni. Saje cuci mata tengok tutorial kt blog aisyah. Mata ni tertarik nk bukak tutorial buang broken link.

Selama ni memang tak ambik tahu pun apa itu "Broken Link"? memang abaikan aje.

Lepas tu, zai mula singgah ke merata2x blog untuk baca apa itu "Broken Link"?

Ni zai ringkaskan ikut kefahaman zai ya.

"Broken Link" ini perlu dibuang/dibetulkan serta-merta kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada blog kita terutama pada ruang search engine. Ia juga boleh memberi kesan kepada trafik blog kita.

Jadi untuk kita-kita yang ada blog ini kenalah selalu check samada blog kita ada "Broken Link" ataupun tidak dari semasa ke semasa.

Antara punca berlakunya "Broken Link" ini adalah :-
  • BACKLINK
  • KOMEN YANG ADA BACKLINK pun boleh jadi sebab
  • ADA BLOG YANG DAH TUKAR ACCOUNT , ni banyak kat entry GIVEAWAY
  • TUKAR LINK
  • CREDIT ke link yang dah mati atau dah tak berfungsi
***Maafkan zai kalau ada silap dalam apa yg zai terangkan ni ya.

Bagaimana nak check blog kita ada "Broken Link" ni ataupun tidak ?

Meh zai tunjukkan caranya.

*****

Pertama sekali,

klik link ni untuk check "Broken Link".

Kedua,


Zai ada 10 broken link! jadi jomlah kita buang atau betulkan. 
***Nasib baik 10 je, orang lain ada yang dpt beratus broken link, ada juga dpt beribu broken link! Yang tu lagi laah memerlukan kesabaran yang tinggi untuk buang satu-satu.....

Ketiga,

Caranya, boleh klik url atau src , boleh klik salah satu. Macam zai, zai klik kedua2xnya sekali.
Senang sikit nak cari mana puncanya "Broken Link" ni.

Ni contoh bila tekan src. keluar lah macam ni. Blh tgk mana puncanya broken link tu.
kalau rasa pening yang src ni, boleh klik url la ya.


Bila zai dah jumpa mana puncanya, ada yang zai betulkan saje dan ada juga yang zai buang entry nya terus.

Keempat,

RE-CHECK!!!

Walaupun dah selesai buang semua, kena check lagi sampai lah jadi 0. Sekali lagi masuk link tadi untuk re-check. Selesai check kali kedua, ada 2 lagi "Broken Link" yang zai kena buang.

Ulang balik cara di atas.



Selesai check untuk kali ketiga. Dah 0! Alhamdulillah.

10 + 2 = 12. Nasib baik 12 je broken link yang ada kt blog zai ni. Kalau ada beratus atau beribu broken link macam orang lain, menangis zai rasa. Sebab untuk zai cari satu-satu punca 12 broken link dlm blog zai ni pun dh menguji kesabaran. Huhuhu.

Nasib baik Allah gerakkan hati zai ni nak tengok tutorial buang broken link kt blog aisyah tu. Kalau tidak, mahu tak berkumpul sampai beribu broken link kt blog ni nnt. Jenuh pulak nanti.


****

Dari tak tahu , sekarang zai dah jadi tahu :)

Moga tutorial ni bermanfaat buat anda. 
Marilah sesama rajinkan diri untuk check "Broken Link" ni.

Selamat mencuba! :)




Berpuasa dengan Mighty 3 Gems Programme Shaklee

Suruhan berpuasa daripada firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kau bertakwa.
(Surah al-Baqarah 2:183)

Prof. Dr. Harun Din berpendapat,

"Memang berpuasa itu sangat berfaedah, perut boleh diibaratkan sebagai mesin, maka jika mesin itu terus berjalan tiada henti, maka ia akan cepat rosak. Begitulah perut dan alat-alat pencernaan, ia perlu rehat selama sebulan misalnya, jika tidak, maka akan cepat rosak." *Rujuk Rawatan Penyakit Menurut al-Quran & as-Sunnah.

*****

Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi, kami ada menawarkan Mighty 3 Gems Programme atau lebih dikenali sebagai Set Berpuasa Shaklee atau menu sahur yang mudah & berkhasiat utk pastikan anda rasa bertenaga sepanjang berpuasa.



Set ini sesuai diambil ketika bersahur untuk memastikan anda rasa kurang letih, kurang haus & kurang lapar. Dan paling menarik , set ini sesuai juga diambil oleh ibu hamil dan ibu yang menyusu ( breastfeeding ). Set ini juga cadangan terbaik untuk mereka yang ada gastrik .

Ramai tidak sedar yang sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Dengan tidak bersarapan , anda mungkin :
  • Tidak dapat memberi tumpuan untuk masa panjang
  • Kurang peka
  • Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
  • Kandungan gula dalam darah yang rendah
  • Produktiviti kerja menurun
Jadi, pada sesiapa yang jenis memang tidak ambil sarapan atau jenis yang malas masak untuk bersahur ataupun jika terlambat bangun untuk bersahur, set ini sangatlah sesuai untk anda.

Mighty 3 Gems Programme ini bukan sahaja diamalkan pada bulan Ramadhan saje ya. Set ini biasa juga diambil selain bulan Ramadhan. Ada yang ambil untuk ganti puasa , ada yang ambil sebagai sarapan mereka setiap hari dan golongan atlit juga ambil set ini setiap hari. Menarik bukan ? Set ini juga boleh diambil oleh semua golongan dari kanak-kanak sehinggalah warga emas.


Kebaikan set Mighty 3 Gems Programme ini adalah : 
  • Bertenaga sepanjang hari
  • Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
  • Memelihara kesihatan secara menyeluruh
Dalam set Mighty 3 Gems Programme ada ESP , Meal Shakes dan Performance Drink

1) Energizing Soy Protein (ESP) 
  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel
  • Membekalkan tenaga 
  • Memberikan rasa yang kenyang 
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster)
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
    2) Meal Shakes 
    • Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tp dlm bentuk serbuk.
    • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
    • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
    • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
    • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
    • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
    • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
    • Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama.
    3) Performance Drink 
    • Membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita.
    • Mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi.
    • Merupakan minuman kegemaran atlit (ala-ala 100 plus tapi lagi sedap). Mempunyai perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP.
    • Performance Drink merupakan produk pilihan breastfeeding mothers yang berpuasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu.

    *****
      Jadi , jika ANDA:
      • Cepat sangat rasa lapar
      • Baru tengahari dah menggigil
      • Selalu rasa lembik dan letih ketika berpuasa
      • Gastrik
      • Risau susu drop

      Jom dapatkan segera Mighty 3 Gems Programme dari Shaklee ini :)

      *****

      Detoksifikasi melalui ibadat puasa

      Puasa Ramadhan merupakan detoksifikasi. Detoksifikasi adalah kemampuan tubuh untuk meneutralkan dan membuang racun dari tubuh. Proses detoksifikasi terjadi pada usus besar, hati, ginjal, paru-paru, limfa serta kulit.

      Di sini, saya sertakan sekali "Meal Plan" untuk 7 hari Ramadhan. Anda boleh ikut meal plan ni ya. :)

      Moga kita sama2 dapat menjalani ibadah puasa nanti dengan sempurna. Jom sama2 rebut pahala dalam bulan Ramadhan. InshaAllah.











      *****


      Jom baca pengalaman mereka berpuasa dengan set shaklee :)















      InshaAllah, kita jumpa di next entry.


      SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA :)



      Hubungi Zai untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee anda dan juga harga produk Shaklee.





      Zailatul Akmal

      Shaklee Independent Distributor [ID No : 882322]

      SMS / WHATSAPP 019 344 3650 


      Boleh refer sini untuk Senarai Pengedar Shaklee yang sah seluruh Malaysia :) 





      "Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggunggjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee ( ahli Shaklee ), anda boleh menghubungi saya untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch Shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 882322 dan anda akan diberikan bimbingan daripada saya ..."


      TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :)

      SLE & SHAKLEE


      Sempena "Bulan Kesedaran Lupus", saya nk kongsikan lebih lanjut tentang SLE pada entry kali ni.

      Apakah SLE?

      Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

      Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

      Terdapat beberapa jenis lupus:

      1. Sistemik lupus eritematosus (SLE) ialah yang biasanya dimaksudkan apabila kita sebutkan “lupus”. Gejalanya mungkin sederhana atau serius. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur di antara 15 dan 45 tahun.

      Walaubagaimanapun, sebilangan kecil pengidap SLE adalah kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 45 tahun.

      2. Diskoid lupus eritematosus (DLE) merupakan penyakit kulit yang kronik di mana terdapat tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan bersisik serta mungkin meninggalkan parut. Ruam berkenaan boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang mengidap DLE boleh mendapat SLE di kemudian hari.

      3. Lupus Neonatal ialah keadaan yang boleh berlaku pada bayi yang baru dilahirkan oleh pengidap SLE. Ini mungkin disebabkan auto-antibodi di dalam darah ibu yang dipanggil anti-Ro (SSA) dan anti-La (SSB). Akibatnya, bayi ini akan mendapat radang kulit, masalah hati, dan masalah darah (low blood counts). Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaupun kes-kes begini jarang sekali dijumpai, namun bagi bayi yang lahir dengan masalah neonatal lupus mungkin juga mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.

      4. Drug Induced Lupus Pengambilan sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang menyerupai ciri-ciri seakan SLE. Gejala ini akan hilang jika pengambilan ubat itu diberhentikan. Buah pinggang dan otak jarang terjejas dalam lupus jenis ini.

      Apakah Yang Menyebabkan SLE?

      Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, “gene lupus” yang khusus belum lagi dikenalpasti.

      Kajian menyarankan ada beberapa “gene” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami. Bagaimana pun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan.

      Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu, dan juga kuman virus.

      SLE merupakan penyakit auto-imun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri.

      Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.

      Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi antinuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.

      Apakah Gejala-gejala SLE?

      Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza-beza, iaitu samada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya, dan keletihan yang amat sangat.

      Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (fotosensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Samada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

      Ciri-ciri penyakit ialah:
      1. Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
      2. Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
      3. Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
      4. Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
      5. Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
      6. Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
      7. Sawan, strok dan gangguan mental
      8. Risiko untuk mendapat darah beku
      9. Kerap keguguran bayi
      10. Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
      11. Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah



      SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti berikut:

      1. Buah pinggang

      Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit.

      Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing dan ujian darah boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada buah pinggang rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

      2. Paru-paru

      Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan lapisan paru-paru yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang terasa semasa menarik nafas. Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

      3. Sistem saraf

      SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

      4. Saluran darah

      Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh.

      Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan, tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.

      5. Darah

      Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

      6. Jantung

      Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah; dan “endokarditis”, keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada atau juga gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” (pembuluh darah yang keras).

      Bagaimana Untuk Mengesan SLE?

      Untuk mengesahkan pesakit mengidap SLE bukanlah suatu yang mudah. Kadangkala para doktor mengambil masa yang lama berbulan atau bertahun untuk mengesan SLE. Itu pun jika pesakit datang secara berterusan kepada seorang doktor untuk mendapat rawatan. Dengan cara ini semua gejala dapat dikumpul dan direkodkan.

      Pesakit juga kenalah memberitahu doktor kesemua masalah yang dialami dengan betul dan tepat. Kebolehan berkomunikasi yang berkesan di antara doktor dan pesakit sangat penting. Bagi pihak pesakit, ianya dapat membentuk kefahaman dan kesedaran tentang penyakit SLE. Bagi pihak doktor pula, ianya memerlukan pengetahuan serta pengalaman yang luas untuk mengesahkan diagnosa dengan tepat dan cekap.

      Di antara perkara yang perlu dilapurkan kepada doktor ialah sejarah kesihatan dan masalah kesihatan yang dialami sehingga kini. Maklumat ini amat membantu dan kritikal untuk menentukan diagnosa. Keputusan pemeriksaan darah dan air kencing serta pemeriksaan fizikal juga amat penting bagi membuat diagnosa yang tepat.

      Tidak ada satu sahaja kajian untuk mengesahkan diagnosa dengan tepat. Malah ianya memerlukan beberapa ujian darah dan air kencing. Ujian yang dianggap berkesan ialah ujian bagi menganalisa auto-antibodi dalam darah pesakit SLE, seperti antibodi antinuklear (ANA) yang bertindak melawan komponen nukleus sel tubuh.

      Kebanyakan pengidap SLE mempunyai antibodi antinuklear. Namun demikian ada penyakit auto-imun dan jangkitan lain juga mempunyai antibodi antinuklear. Kadang kala orang yang sihat juga mempunyai antibodi antinuklear.

      Selain dari ujian darah ANA, ada beberapa lagi ujian auto-antibodi yang khusus untuk membantu diagnosa SLE. Ini adalah anti-DNA, anti-Sm, anti-RNP, anti-Ro (SSA), dan anti-La (SSB). Walaubagaimanapun tidak semua pengidap SLE mempunyai keputusan ujian-ujian tersebut yang positif, dan tidak bermakna bila tidak mempunyai antibodi tersebut bukan mengidap SLE.

      Biopsi ialah satu lagi ujian yang dijalankan bagi membantu diagnosa SLE dan ini dilakukan dengan mengambil sedikit contoh tisu organ yang terlibat misalnya tisu kulit, tisu buah pinggang, dan sebagainya. Ada juga sesetengah doktor menjalankan ujian antibodi antikardiolipin (antifosfolipid). Jika seorang pesakit SLE mempunyai antibodi ini, terutama pesakit wanita yang hamil, mereka boleh mendapat risiko pembekuan darah serta keguguran bayi.

      Kesemua ujian-ujian ini adalah sumber maklumat untuk membantu membuat diagnosa. Secara keseluruhannya, sejarah rawatan, gejala dan keputusan ujian dapat membantu membuat diagnosa SLE.

      Selain itu, ujian biasa yang selalu dilakukan untuk memantau perkembangan penyakit SLE adalah “FBC” (Full Blood Count), “blood chemistry”, “ESR” (erythrocyte sedimentation rate) dan ujian air kencing. Ini dapat memberi maklumat yang penting. Satu lagi ujian yang biasa dilakukan ialah mengukur paras darah yang dipanggil “complement”.

      Keputusan ujian darah “ESR” bagi pengidap SLE biasanya lebih tinggi bacaannya, tetapi bacaan paras “complement” darahnya adalah rendah terutama semasa penyakit itu sedang dalam peringkat aktif (flare).

      Ujian X-ray dan ujian-ujian pengimejan yang lain boleh juga membantu dalam memastikan jika ada organ-organ lain yang terjejas.

      *****

      Seterusnya, ini adalah adalah perkongsian daripada Puan Iffah, yang juga pesakit SLE yang berkongsi info tentang SLE di fb beliau baru-baru ini.

      Post : 4 May 2016


      4 MOST COMMON TRIGGERS OF A LUPUS FLARE
      1) WEATHER

      Cuaca kita tidak boleh nak control,
      Terutama sekarang El Nino rata-rata
      Rakan-rakan SLE,
      masuk ward kerana serangan kembali.

      Untuk saya sendiri, cuaca panas melampau
      Saya memang terasa kesannya
      kerana saya mempunyai photosensitiviti
      bukan hanya pada mata tetapi lebih serius pada kulit.

      Jadi, cuaca kita tidak boleh ubah.
      Jika nak berehat, saya akan mencari tempat sejuk.
      Selebihnya saya amat melimitkan aktiviti luar rumah, jangan gatal-gatal nak keluar jalan-jalan
      Pergi kenduri kendara nak gebang lama-lama..
      Kenala kita sedar limitation kita,
      Janganlah nak terlalu peduli apa yang kawan-kawan or sedara kata ") know ur limitation ok!

      So far cuaca sejuk or hujan,
      Tidak menjadi masalah, malah terasa lebih sihat.

      2) STRESS
      Bagi saya stress sesuatu yang kita boleh uruskan.
      Bila kerja, of coz la akan ada stress nya dan pelbagai kategori stress yang ada.

      Ia menjadi teruk bila stress tidak terkawal.
      Ujian kehidupan datang bertimpa,
      Sakit, hilang pekerjaan pula
      Keluarga tidak memahami..

      Nak cope dengan satu persatu ujian ini
      Memang lebih mudah bicara dari melaksanakannya
      Di sini support dari keluarga, majikan, rakan-rakan sangat penting.
      Elakkan bergaul dengan rakan-rakan yang sama-sama stress, down dengan apa yang berlaku dengan kehidupan mereka.. Sebab nanti sebaran aura negative sahaja mengelilingi anda.
      Sentiasa bersama rakan-rakan yang positive. Suasana yang positive sangat membantu!

      3) EXHAUSTION
      Penat melampau. Kadang-kadang tidak buat apa-apa aktiviti pun terasa amat penat. "Fatigue". Rasa nak melepek sahaja. Untuk yang bekerja sendiri, bolehlah adjust masa untuk berehat, bagi yang bekerja di bawah telunjuk orang lain, di sinilah cabaran bagi seorang Lupus fighter. Educate majikan dan rakan-rakan sekerja kita (ya saya tahu ia mencabar dan sememangnya tidak mudah!)

      Apa yang berlaku pada saya, saya memilih untuk mempunyai kebebasan dengan melepaskan diri dari komitmen kerja dan bekerja sendiri dari rumah. Utamakan kesihatan diri anda dahulu!


      4) NUTRITION

      Nutrition ni maksudnya pastikan pengambilan nutrisi harian yang anda ambil memenuhi keperluan seorang Lupus Fighter.

      Keperluan nutrisi kita berbeza ya, tak sama dengan orang normal yang sihat. Sebagai contoh, kita memerlukan nutrisi yang mengandungi anti-radang yang tinggi untuk mengawal aktiviti keradangan yang menyerang tubuh.

      Pengambilan makanan segera, makanan yang mengandungi MSG, pengawet, pewarna, tanaman yang menggunakan racun serangga, 3in1.. Semua ini hanya membantu kesihatan anda menjadi lebih teruk..

      Bab makan, ianya PILIHAN kita.. Nak makan yang sihat or nak makan yang tidak sihat.

      In shaa Allah, biarpun kata dunia perubatan moden, Lupus tiada ubatnya. Saya yakin kita boleh mengawalnya dari mengganas dan tidak mustahil kita boleh sembuh.

      Bantu saya kongsikan maklumat ini sempena bulan May - Bulan kesedaran LUPUS.

      Terima kasih kawan-kawan yang share.

      *****

      Post : 5 May 2016

      Salah satu serangan Lupus adalah pada bahagian saraf. Ia boleh menjadi sesuatu yang amat menyakitkan.

      Bagaimana rasanya?

      Pada 2006 saya mendapat serangan saraf yang tidak tergambar kesakitannya, seluruh tubuh merengkot menahan kesakitan. Dipeluk kuat mak ayah.. Derai air mata yang dtg melawat.

      Setiap kali serangan, saya dimasukkan ke ward.. Ketika radang itu berlaku..bilamana jarum dicucuk, sakit amat terasa, drip air yang masuk pun menjadi terasa amat sakit. Segalanya menjadi sakit amat. Dan terkadang nurse, atau doktor pelatih.. Memberi pandangan aneh, "macam buat-buat sakit".. Tak pa .. Sebab mereka tak semua faham tentang sakit itu.

      Jadi kawan-kawan janganlah memberi pandangan aneh pada Lupus Fighter ya.

      Ada masa kami ni nampak macam "lembap" atau "Lampi"

      Ada masa kami ni, menjadi pelupa ya amat..bersabar ya.

      Ada masa menjadi moody tak menentu..

      Teruskan beri sokongan,
      Jika tak tahu nak cakap apa..
      Cukuplah pelukan, dan sokongan tanpa kata


      Link berkaitan , klik sini .


      *****

      Post : 6 May 2016

      Lupus Serang KULIT!

      Betul, semalam saya kongsikan Lupus boleh menyerang SARAF. Hari ini saya nak beritahu satu lagi serangan yang sering buat Lupus Fighter rasa rendah diri, mengelakkan diri bersosial di luar.

      Serangan kulit bagi Lupus, ade pelbagai jenis. Ia boleh menjadi sangat teruk lebih-lebih lagi bila terdedah kepada cahaya matahari dan stress.

      Jadi janganlah kawan-kawan rasa aneh,
      Bukan kami ini nak memulaukan diri,
      Tetapi dengan cuaca El Nino sekarang ini,
      Duduk di rumah, berkurung lebih memberi ketenangan, kebahagiaan.

      Jika terlihat kulit kami ni berkeruping,
      Merah, ruam di sana sini..
      Janganlah risau, janganlah menjauh kerana ia tidak berjangkit.

      Teruskan memberi sokongan kawan-kawan dengan berkongsi status ini di Wall kawan-kawan.


      Link berkaitan, klik sini .

      *****

      Post : 7 May 2016

      "Visualize

      Sebelum pergi bertugas di Labis hari ini,
      Mari kita membayangkan,
      satu persatu kemungkinan serangan Lupus pada tubuh kita.

      Setakat ini saya kongsikan serangan di SARAF dan KULIT.
      Anda nak tahu hakikatnya? Mari lihat infographic yang saya kongsikan ini ya.

      Bila dikatakan Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
      'Systemic' itu bermakna, sistem..mana-mana sahaja sistem dalam tubuh.
      Jika serangan tidak berjaya dikawal dengan baik,
      Itulah yang boleh membawa bahaya kepada pesakit dan boleh membawa maut.
      Serangannya boleh mengambil masa yang sangat singkat,
      Dalam sehari, pelbagai perubahan pada sistem tubuh boleh berlaku jika serangan sedang active.

      Kawan-kawan,

      Lupus ini siapa pun boleh mendapatnya
      Lebih prihatin pada perubahan tubuh,
      Ambil tahu apakah simptom-simptom Lupus
      Buatlah pemeriksaan darah di hospital sekurang-kurangnya 1 kali setahun (bagi yang muda lah kan)

      Jangan takut jumpa pakar untuk mendapatkan kebenaran keadaan kesihatan anda.
      Langkah awal boleh menyelamatkan dari kemudharatan yang lebih teruk.

      Bantu saya untuk kongsikan post ini supaya lebih ramai memahami mengenai Lupus terutama untuk rakan-rakan, keluarga dan majikan yang mana ada bersama mereka pesakit Lupus ")






      *****

      Post : 9 May 2016

      Bila ada yang tanya..

      "Awak rasa macam mana sakit tu? Sebab awak tak nampak macam sakit"

      Kadang-kadang saya pun tiada jawapan untuk soalan yang diajukan.

      Salah satu alasan yang diberikan oleh Doctor yang bertugas di tempat lama saya bekerja menolak Medical Board saya juga.

      "Awak tak nampak sakit"

      Jika seorang doktor pun boleh mengatakan begitu, bagaimanalah pula saya mahu menjelaskan 'sakit' itu kepada mereka yang kebanyakkan?

      Bagi keluarga rapat, mereka melihat bagaimana aktiviti harian saya terjejas, bagaimana tubuh saya sakit, kulit saya radang, sendi saya radang, tidak boleh bangun.. Masuk keluar wad, mereka lebih faham.

      Saya sangat menghargai setiap tenaga dan kudrat yang ada tersisa sejak hidup sebagai pesakit Lupus. Kerja perlu disusun kerana, ada masa terasa tiada kudrat. Ada masa, untuk memberi dan komitmen kepada organisasi, biar tiada kudrat.. Akan juga dipaksa, sehingga menjadi mudharat pada diri. Kadang-kadang bila lihat ada insan-insan yang suka membuang masa dan kudrat dengan perkara tidak berfaedah, terdetik juga.. Kenapa bukan mereka ini yang sakit?

      Pasti ada sebabnya dipilih Allah.

      Link berkaitan , klik sini .

      *****

      Post : 10 May 2016

      "Ko bila nak bagi adik kat Faheem?"

      "Satu ja, dah boleh tambah dah"

      Kalau kata-kata tu dari orang luar, saya selalu nyahkan aja, sebab mulut longkang orang memang kita tak boleh nak tutup, longkangkan mmg terbuka kan.

      Tapi kalo yang cakap tu, dari orang dekat yang tahu kita sakit. Sakitnya tuh di sini, lagi-lagi kalau diulang-ulang, dicanang-canang pada satu dunia, yang kita ni tak menambah zuriat. Makan dalam, tapi telan. Tapi percayalah memang ada species orang yang macam ni.

      Bahaya tak jika pesakit Lupus Hamil?

      BAHAYA!

      jika, serangan sedang active. Kiranya ketika masih ada aktiviti Lupus dalam tubuh, pesakit hamil. Antara risikonya, adalah keguguran dan serangan pre-eclampsia. Dari satu case yang dikongsikan oleh Doctor saya - seorang pesakit Lupus yang hamil, mengalami serangan pada bahagian saraf di otak. Both mommy and baby selamat tetapi, mommy mengalami sedikit gangguan mental.

      untuk case saya sendiri ketika kehamilan anak pertama saya, Faheem. Saya mula mengalami simptom serangan pada minggu-minggu terakhir kehamilan. Imun tubuh mula mengenalpasti bayi dlm kandungan sebagai benda asing dan memulakan aktiviti 'perlindungan'. Di sini, mula tumbuhnya rashes di sepanjang tangan dan kaki. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini atau serangan menjadi teruk, saya perlu diinduce dan ia gagal membawa saya ke kelahiran c-sect.

      Pengalaman pertama agak memberi trauma buat saya dan suami.

      Jadi sebenarnya, pesakit SLE boleh hamil atau tidak?

      BOLEH!

      Ya, memang boleh tetapi haruslah merujuk kepada doctor yang merawat kita terlebih dahulu. Pastikan tiada aktiviti serangan sekurang-kurangnya 6 bulan dan anda tidak bergantung pada ubatan yang boleh membahayakan bayi yang dikandung.

      Special untuk pesakit Lupus, ketika kehamilan anda mungkin perlu merujuk beberapa pakar selain dari pakar sakit Puan dan tidak semua pakar sakit puan menerima pesakit SLE hamil dengan respons yang positive dan membina.

      Kawan-kawan,

      Elakkanlah soalan-soalan atau statement berkait dengan kehamilan apabila anda bersama dengan pesakit Lupus. Jadilah lebih prihatin ya.

      Buat semua Lupus Fighters,

      Hari ini 10.05.16 - Hari Lupus Sedunia! Moga Allah terus memberikan kita kekuatan, ketabahan dan memberikan kesembuhan pada kita semua.

      Link berkaitan , klik sini .

      *****

      Post : 13 May 2016




      Baiklah, hari ini kita cerita lagi bagaimana Lupus boleh 'flare',
      'Flare' ni maksudnya, berlaku serangan, sel LE menjadi aktif.

      Menurut Molly Fund, 5 perkara yang boleh mencetuskan serangan Lupus.

      1 . Infeksi

      Jika berlaku serangan selsema, batuk, ia akan mengaktifkan imun pesakit dan ini merisikokan pesakit untuk LE triggered. Jadi, sekiranya anda kurang sihat, mohon jauhkan diri dari rakan-rakan yang anda kenali sedang menghadapi Lupus.

      Nature kerja saya memerlukan saya berjumpa dengan ramai orang dan ia sebenarnya memberikan saya risiko yang tinggi untuk mendapat infeksi dari mereka disekitar saya. Semakin kerap saya keluar ke tempat awam saya boleh lihat, saya akan mendapat serangan viral fever hampir setiap 3 bulan saya akan dimasukkan ke wad.

      2. Stress

      Jika orang sihat stress boleh membuatkan mereka jatuh sakit, bagi pesakit SLE pula mereka lebih fragile. Apa sahaja keadaan yang boleh memberi stress kepada tubuh, ia boleh mengejutkan encik LE untuk menyerang. Hakikatnya seperti, imun mentafsir stress itu seperti serangan bendasing dalam tubuh, jadi mereka perlu bertindak untuk 'melawan' bendasing tersebut.. Tapi stress tu suatu yang sukar kita kenalpasti sakitnya di mana.. Jadi, imun yang bijak ini mulalah menyerang di mana dia suka..

      3. Kehamilan

      Yang ini, saya sudah kongsikan dalam post saya sebelum ini.

      4. Sinaran UV / cahaya matahari

      Sangat tidak dinafikan, cahaya matahari menjadi musuh kebanyakkan pesakit SLE terutamanya yang mempunyai fotosensitiviti. Sangat tidak selesa apabila berada diluar,
      ruam mula belumba untuk menang.

      jika anda plan nak hang out dengan rakan rakan anda yang ada SLE, consider plan anda untuk hand out di kawasan indoor.

      5. Pengambilan ubatan atau suplemen.

      Ramai yang nak sihat, ditawarkan dengan pelbagai jenis ubatan dan suplemen. Kawan-kawan sering sangat peringatkan setiap serangan SLE itu berbeza bagi setiap individu. ada yang mengambil ubat atau suplemen A, serasi dan semakin terkawal aktiviti LE. tetapi ada yang menjadi semakin teruk dan membahayakan nyawa.

      Kisah saya sendiri, pengambilan ubat tahan sakit, Arcoxia telah mencetus huru hara dalam tubuh saya. Saya hampir maut pada 2006, seluruh kulit saya terbakar, saluran usus dan salur kecing turun sama terbakar menyebabkan saya kencing dan berak berdarah. Hati saya pecah dan hampir gagal. Tidak boleh dipandang enteng dari segi pengambilan ubatan.

      Bagaimana suplemen?

      Terdapat suplemen terutamanya dari herba, adalah berisiko untuk pesakit ambil terutamanya Alfalfa. Untuk saya sendiri saya mengelakkan segala jenis suplemen dari herba, yang mengandungi klorofil yang tinggi seperti spirulina, saya menyaring semua jenis suplemen sebelum saya mengambilnya. Antara alarm yang nyata untuk tubuh saya, bila saya ambil suplemen yang mengandungi herba yang yang tidak serasi dengan saya, saya akan mengalami ruam disekitar muka dan kulit kepala dan jika sangat tidak serasi, seluruh badan mula rasa tidak selesa.

      Selain itu, saya mengelakkan pengambilan suplemen atau ubatan yang meningkatkan aktiviti imun (Immune booster) kerana dalam tubuh pesakit Lupus, sistem imun telah pun over-reactive, over protective.

      Jadi, pastikan anda tahu apa yang anda masukkan kedalam tubuh. Jangan mudah terperdaya dengan iklan penjual dan kata-kata penjual yang tidak mempunyai basis atau tidak memahami apakah itu SLE. Berbincanglah sebaiknya dengan doktor yang merawat anda untuk setiap ubat dan suplemen yang anda ambil.

      =============================
      Buat semua Nurse yang pernah menjaga saya, terutama di tingkat 10 Putra Specialist Hospital, terima kasih atas segala khidmat dan kasih sayang yang diberikan. Sayang kakak-kakak nurse semua..

      Selamat Hari Nurse!
      *****

      Sebelum ini, Puan Iffah juga pernah berkongsi mengambil supemen shaklee semasa menyusukan anaknya dahulu

      "Saya adalah pesakit SLE. Symptom SLE menyerang semula 2 minggu selepas saya melahirkan anak sulung saya, Faheem. Dosage intake steroid saya telah dinaikkan dari 10mg/sehari kepada 50mg/sehari. Kesan pengambilan steroid bukan sahaja dirasai oleh saya malah turut menjejaskan baby Faheem, Atas nasihat dari Paed, saya diminta agar mengurangkan penyusuan badan, dalam erti kata lain, mula memberi formula milk kepada baby Faheem.

      Hanya Allah yang tahu, bagaimana sedihnya saya tatkala mendegar kata-kata Paed, tapi saya tak bolehla selfishkan? Jika susu badan saya memudaratkan baby Faheem… Maka, saya akur dengan saranan Paed dan Alhamdulillah baby Faheem kembali pulih. Akibat dari itu, susu badan saya semakin berkurangan. Apabila mula berkerja, saya pump susu untuk membuat stock baby Faheem. Tapi alahai sedihnya apabila setiap kali pump, 1/2 –1 oz saje yg saya dapat. Macam2 petua saya dah cube, bila di makan/minum bertambah susu tapi bila berhenti, susu berkurang.

      Alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan 2 insan yang istimewa, kedua2nya rakan sepejabat saya (Seorang LC, Seorang Independent Distributor Shaklee). Byk ilmu yg saya peroleh dari mereka. Tips2 dlm persediaan untuk breastfeeding. Cara yang betul untuk pump susu dan pelbagai lagi… Tapi yang paling berharga bagi saya…apabila diintroduce oleh K.Cery dgn Set B Trial Pack Shaklee. Mula2 mmg rasa mcm x percaya, tapi Allah gerakkan hati saya untuk mecuba. Dalam case sy ni special sikit, saya x ble consume Alfalfa kerana pesakit SLE tidak digalakkan mengambilnya, jadi saya tukarkan dengan OsteMatrix. K Cery juge, suggest utk sy ambil ESP bg bantu produktiviti susu disamping meningkatkan energy (yelah keje as jurutera ni, mmg perlu super duper extra energy).

      Alhamdulillah, saya amat berpuas hati. Minggu pertama selepas consume Trial pack+ESP, susu utk baby Faheem makin pekat, masa baby Faheem menyusu pun makin singkat (Bila susu pekat, baby kita cepat kenyang). Hari demi hari, berkat istiqamah dlm memastikan sy pump 3/4 kali di office + 1/2 kali dirumah malam hari dan juge berterusan consume trial pack Shaklee+ESP, production susu sy semakin meningkat…dari 1oz, 5 oz, 8 oz dan siapa sangka sy berjaya pump sehingga 17-20 oz sehari. Alhamdulillah. …syukur kepada Allah s.w.t..Kerana berpuas hati, saya continue ambil Full Pack, membeli Full Pack Shaklee adalah tindakan yang bijak selain mendapat hasil yang positif, ia lebih menjimatkan kerana dijual pada harga Distributor(15% Less) dan boleh di ambil untuk tempoh 4-6 bulan. Sehingga kini, saya masih lagi mengambil supplemen Shaklee kerana saya yakin dengan anugerah dan kelebihan yang Allah berikan kepada Shaklee product akan merubah tahap kesihatan saya menjadi lebih baik. InsyaAllah. "

      *****

      Dan Puan Iffah tak lokek berkongsi lagi kisah beliau dan penawat penyakit beliau.

      Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RAatau lebih mudah Iffa katakan, sakit auto immune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa: 

      Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia 

      1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2 

      1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..) 

      2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya... 

      Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.

      Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.

      Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).

      Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..

      *****
      Apa itu VIVIX?

      Inilah Vivix, Revolusi Terbaru dari Shaklee.

      Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain. rujuk link ini bahan2 dlm Vivix.











      Apa yg terkandung dlm Vivix ni sehinggakan ia dikatakan sangat best?

      Vivix ia mengandungi resveratrol. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

      >> Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui: Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah...

      Apakah itu Resveratrol?

      • Antioksidan yang kuat,
      • Anti-inflamasi
      • Anti-kanser




      Satu hidangan Vivix™ mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),
      TAHUKAH ANDA?

      Jika nak dibandingkan dgn minuman jus lain seperti M****, Ta*** dan X***..hanya dengan 1 sudu teh(1 serving/day) Vivix mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh (3000-5000 ORAC). Ini baru dinamakan kualiti setanding dgn duit yg dispend

      ***Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods.

      Hanya jauhari mengenal manikam.. dan hanya yg tahu erti nilai wang...akan memilih intan bukannya kaca... Vivix - Value for money

      Jom lihat pengalaman antara mereka pesakit SLE yang lain yang juga mengambil Vivix.











      Hubungi Zai untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee , proses pendaftaran keahlian Shaklee anda dan juga harga produk Shaklee.





      Zailatul Akmal

      Shaklee Independent Distributor [ID No : 882322]

      SMS / WHATSAPP 019 344 3650 


      Boleh refer sini untuk Senarai Pengedar Shaklee yang sah seluruh Malaysia :) 





      "Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggunggjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee ( ahli Shaklee ), anda boleh menghubungi saya untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch Shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 882322 dan anda akan diberikan bimbingan daripada saya ..."





      TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :)