Home Siapa Saya Disclaimer Mengapa Shaklee Cara Order Nak Jadi Ahli?

Tutorial Buang Broken Link


Dah makan ke ?

Okay, entry kali ni tiada kena mengena dengan Shaklee. Tapi zai nk bagi TUTORIAL pulak.

Eh tetiba je nak bagi tutorial ni dah kenapa ???

Al-kisahnya, malam semalam tengah sakan blogwalking, singgah la blog si AISYAH ni. Saje cuci mata tengok tutorial kt blog aisyah. Mata ni tertarik nk bukak tutorial buang broken link.

Selama ni memang tak ambik tahu pun apa itu "Broken Link"? memang abaikan aje.

Lepas tu, zai mula singgah ke merata2x blog untuk baca apa itu "Broken Link"?

Ni zai ringkaskan ikut kefahaman zai ya.

"Broken Link" ini perlu dibuang/dibetulkan serta-merta kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada blog kita terutama pada ruang search engine. Ia juga boleh memberi kesan kepada trafik blog kita.

Jadi untuk kita-kita yang ada blog ini kenalah selalu check samada blog kita ada "Broken Link" ataupun tidak dari semasa ke semasa.

Antara punca berlakunya "Broken Link" ini adalah :-
  • BACKLINK
  • KOMEN YANG ADA BACKLINK pun boleh jadi sebab
  • ADA BLOG YANG DAH TUKAR ACCOUNT , ni banyak kat entry GIVEAWAY
  • TUKAR LINK
  • CREDIT ke link yang dah mati atau dah tak berfungsi
***Maafkan zai kalau ada silap dalam apa yg zai terangkan ni ya.

Bagaimana nak check blog kita ada "Broken Link" ni ataupun tidak ?

Meh zai tunjukkan caranya.

*****

Pertama sekali,

klik link ni untuk check "Broken Link".

Kedua,


Zai ada 10 broken link! jadi jomlah kita buang atau betulkan. 
***Nasib baik 10 je, orang lain ada yang dpt beratus broken link, ada juga dpt beribu broken link! Yang tu lagi laah memerlukan kesabaran yang tinggi untuk buang satu-satu.....

Ketiga,

Caranya, boleh klik url atau src , boleh klik salah satu. Macam zai, zai klik kedua2xnya sekali.
Senang sikit nak cari mana puncanya "Broken Link" ni.

Ni contoh bila tekan src. keluar lah macam ni. Blh tgk mana puncanya broken link tu.
kalau rasa pening yang src ni, boleh klik url la ya.


Bila zai dah jumpa mana puncanya, ada yang zai betulkan saje dan ada juga yang zai buang entry nya terus.

Keempat,

RE-CHECK!!!

Walaupun dah selesai buang semua, kena check lagi sampai lah jadi 0. Sekali lagi masuk link tadi untuk re-check. Selesai check kali kedua, ada 2 lagi "Broken Link" yang zai kena buang.

Ulang balik cara di atas.



Selesai check untuk kali ketiga. Dah 0! Alhamdulillah.

10 + 2 = 12. Nasib baik 12 je broken link yang ada kt blog zai ni. Kalau ada beratus atau beribu broken link macam orang lain, menangis zai rasa. Sebab untuk zai cari satu-satu punca 12 broken link dlm blog zai ni pun dh menguji kesabaran. Huhuhu.

Nasib baik Allah gerakkan hati zai ni nak tengok tutorial buang broken link kt blog aisyah tu. Kalau tidak, mahu tak berkumpul sampai beribu broken link kt blog ni nnt. Jenuh pulak nanti.


****

Dari tak tahu , sekarang zai dah jadi tahu :)

Moga tutorial ni bermanfaat buat anda. 
Marilah sesama rajinkan diri untuk check "Broken Link" ni.

Selamat mencuba! :)




8 comments:

  1. semoga tabah membuang nye heheh!

    ReplyDelete
  2. nicee entry. tqq for sharing sis :)

    ReplyDelete
  3. lol. dh try untuk link blog saya , adalah 4 bl . tapi `tu pun tak tabah nak betulkan . lol . btw. nice sharing sis ! serious ni new info :D

    The Talking Diary

    ReplyDelete
  4. Yang src tu delete terus ke link nya ?

    ReplyDelete
  5. banyak membantu ekin ... tq for sharing

    ReplyDelete