Home Siapa Saya Disclaimer Mengapa Shaklee Cara Order Nak Jadi Ahli?

BEST Beauty Products of 2016




Assalamualaikum,
Salam tahun baru :)

Entry kali ni zai nak lari sikit dari entry biasa zai buat.
Nak cerita tentang hobi or minat zai pula.
Mulai hari ni, zai akan selalu up entry ttg minat zai ni okay.

Kalau anda nak tahu, zai sangat sangat sangat lahhhh
minat dengan mekap.
Takdelah PRO mana pun mekap ( SEDAR DIRI : P ),
tapi memang dari dlu ni lah HOBI atau MINAT zai,
selalu baca pasal mekap atau tengok barang mekap.

siapa geng dengan zai kali ni ???

Jadi utk permulaan,
zai nak tunjuk TOP 10 produk mekap yang zai suka sgt
dalam tahun 2016.

ya 10 !

Jom kita tengok satu-satu ok.



***

1) Bronzing Powder LAGUNA from NARS




My favorite bronzer ever. Shade laguna ni memang cun habis. (Y)

***

2) Audacious  Lipstick RAQUEL from NARS



jatuh cinta habis dengan RAQUEL ni. <3
nude shade ni cantikkk sangattttt. SERIUS !!
Habis ni mmg zai akan beli lg.

***

3) Any Cushion Cream Filtter SPF 33 PA++ from ETUDE HOUSE

Yang ni zai beli di Myeong Dong, Seoul, Korea baru2 ni.

Zai borong 4 ketul terus taw kt sana. ( 2 full set ( casing dan refill ) + 2 refill )
Full set harga kt sana 22,000 won, yang refill zai dah lupa berapa won.





Cushion ni best dari cushion lain yang zai dah guna sebelum ni.
Sebab apa ?? cuba tengok span yg diletak foundation mcm dalam gambar atas ni.
Kalau tengok betul2,berbeza dengan span yg digunakan dlm cushion2 yang lain.

Span cushion ni ia mcm tegap2 la, nak kata keras, bukan la keras sgt,
kita tepek je span muka kita ( span biru ) tu sikit sikit je kt span cushion ni,
tak perlu tekan dalam2. then terus dap dap kt muka. mmg tak de rasa membazir
macam pakai cushion2 lain sebelum ni.

Cushion lain sebelum ni kita tengok span foundation dia semua sama jenis.
jenis lubang kecik2 tu kan, lembik2 ja. bila tekan, tekan sampai ke dalam dalam kan,
baru kita tepek kt muka. kita pun rasa eh cepat je habis 1 casing tu. oh tak sukanyaaa.

Zai bawak ni ke mana2 je,senang usung, senang bawak.
pas solat kt mana2, nah pakai ni je. dap dap, glowing kauuuuu .! <3

***

4) Blush MADLY from NARS



Sekarang kan trend jenis pakai blush pink2 kt pipi , celet sikit kt hidung.
nampak KOREAN look giteww kan.
zai pun suka pakai mcm tu, tapi bukanlah setiap masa nak korean look kan
ada masa zai lebih suka nampak natural je. shade MADLY ni mmg cun.
pakai siang cantik, pakai malam cantik.
MADLY ni mmg kena dengan apa jenis mekap look yg kita buat.
zai xleh tinggal MADLY blush ni. mesti bawak ke mana2 juga. Love it !

***

5) Too Cool For School Artclass by Rodin Bronzer

Yang ni pun zai beli di Myeong Dong, kt Korea ( 16,000 won )
dah lama zai aim nak beli ni taw.

Shade ni mmg sesuai utk warna kulit orang kita. PERFECT!



***

6) CYBER COLORS Auto Eyebrow Pen

Yang ni beli di SASA je. Harga bawah RM30.
Best lah pakai ni. Draw and fill in . Pastu DONE.
Dah la ringan nak bawak g mana2.

***

7) UV ESSENTIEL : MULTI-PROTECTION DAILY DEFENSE
SUNSCREEN ANTI-POLLUTION BROAD SPECTRUM SPF 50 from CHANEL

Sebelum ni zai betul2 tak suka pakai sunscreen kt muka.
Sebab kebanyakannya jenis yang melekit2. eww tak suka tak suka.
rimas tahu tak.

hinggalah satu hari dpt tahu yg zai tak leh kena matahari sgt.
zai dinasihatkan utk pakai sunscreen sebelum keluar.

cari punya cari sunscreen yg best smp lah jumpa CHANEL ni.
sunscreen chanel ni best. tak melekit. wangi pulak tu.
tuang skit je, tepek kt muka. BOOM!

Highly recommended.

***

8) Radiant Creamy Concealer VANILLA from NARS

Zai guna ni utk CORRECT & HIGHLIGHT.
memang sgt creamy texture nya.
Senang nak blend.
Love the coverage.

Best concealer I've ever used. <3

***

9) Velvet Matte Lip Pencil DRAGON GIRL from NARS



10) Roller Lash Curling & Lifting Mascara from BENEFIT

All time favorite mascara. LOVE IT!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Upss, rupanya zai tertinggal satu lagi product! 
iaitu : . . . . .  


11) Chocolate Bar Eyeshadow Pallete from TOO FACED

Lupa nak ambik gambar, jadi zai amek gambar dr website TOO FACED la ya.


Love the colors!
dah la pallete ni ada bau coklat. mmg rasa nak makannnn je.
eyeshadow dia sangat pigmented. nak blend pun senang.
Hari-hari zai pakai eyeshadow pallete ni. best best best!

Highly recommended.

***

Kita pun dh smp penghujung entry ni.
Zai dh tunjuk BEST Beauty Products zai utk tahun 2016.
Anda pula?? zai nk tengok boleh??

Kalau anda ada buat entry BEST Beauty Products of 2016,
letak link entry anda tu di komen bawah ni ya.
Nanti zai singgah.

Thnx kerana sudi luang masa anda baca entry ni. : )
Sekian, kita jumpa lagi di NEXT ENTRY.

***

Jangan lupa follow zai di IG : @shakleebyzai











No comments:

Post a Comment

 
http://i.imgur.com/2BZNlZ4.png