KEBAIKAN & KEISTIMEWAAN SET KESIHATAN LELAKI SHAKLEE

Ini adalah entri berkenaan set kesihatan lelaki Shaklee untuk lelaki yang mahu KEKAL PRODUKTIF, BERTENAGA & AKTIF! Lelaki juga tidak lepas dari masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kencing manis, strok, kegemukan dan pelbagai lagi masalah lain. Tidak kurang juga yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30an dan diserang masalah seperti mati pucuk, pembesaran prostat, letih & kurang stamina. Apatah lagi dengan diet kurang sihat, pencemaran alam sekeliling serta gaya hidup masa kini turut menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan yang baru.


shaklee set kesihatan shaklee


Mungkin ada yang membaca entri ini adalah isteri yang sedang merancang untuk memberikan hadiah terbaik untuk suami tercinta. Apa kata, anda zahirkan tanda kasih anda pada si dia dengan hadiah set kesihatan lelaki Shaklee ini iaitu :

set kesihatan lelaki shaklee


Jika anda yang membaca entri ini adalah kaum adam sendiri, mungkin inilah masanya untuk anda menghadiahkan sesuatu yang berharga iaitu set kesihatan lelaki Shaklee ini untuk diri sendiri.

Sememangya usia makin terus meningkat. Tiada siapa mampu menyekat hal ini. Yang muda pastinya akan tua, yang kecil akan meningkat dewasa.Namun suplemen yang baik & betul mampu mencegah penyakit seiring peningkatan usia. Lebih baik kita mencegah daripada mengubati. Anda SETUJU?

Semoga dengan set kesihatan lelaki Shaklee ini dapat membantu anda menjadi seorang "WIRA" yang kekal produktif, bertenaga & aktif menjadi pelindung insan yang tersayang.

Jom kita kenal lebih dekat setiap produk yang ada dalam Set Kesihatan Lelaki Shaklee ini.

1) ZINC PLUS

zinc plus shaklee


Zink adalah mineral surih yang dijumpai dalam hampir setiap komponen sel badan dan lebih daripada 200 enzim. Sebagai sebahagian daripada tindak balas enzim, zink terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia termasuk pencernaan protein, metabolisma asid amino, pengeluaran tenaga, metabolism tulang, penggunaan vitamin A, dan penghasilan hormon.

Zink sangat penting dalam mengekalkan fungsi badan yang betul, menyokong pertumbuhan sel untuk rambut, kuku, kulit yang sihat dan menggalakkan kesihatan yang baik.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE :
  • Satu tablet menyediakan 15mg zink yang memberikan anda nilai harian diperlukan untuk zink 100%.
  • Dirumuskan dengan zink glukonat berasaskan tumbuhan yang mudah diserap.

TAHUKAH ANDA?
  • Dirumus dengan 100% zink glukonat berasaskan tumbuhan, diekstrak dari penapaian glukosa jagung.
  • Zink glukonat adalah salah satu bentuk zink yang terbaik dan kadar penyerapannya tinggi berbanding zink yang dihasilkan secara sintetik.
  • ZINC PLUS baru dirumus tanpa alfalfa, sesuai untuk dewasa.

7 MANFAAT LUAR BIASA ZINK :

Sesetengah orang menggelarnya mineral lelaki macho manakala ada juga yang menggelarnya
sebagai nutrien yang amat bagus untuk sel atau meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Tidak kira
apa juga gelarannya, zink adalah mineral mujarab yang memberikan banyak manfaat kesihatan

1. Meningkatkan Kesihatan Imun

Penyelidik mendapati bahawa zink membantu mengawal keradangan.

  • Memendekkan tempoh selesema.
  • Memberi sokongan imun2 dan mengaktifkan sel-sel imun3 supaya mereka berfungsi secara optimum.

2. Rambut kuat dan berkilau

Zink penting untuk pertumbuhan sel, menyokong sel-sel yang sihat untuk prestasi badan yang optimum.
  • Menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut yang lebih sihat.
  • Meningkatkan pertumbuhan rambut.
3. Kulit cantik dan berseri

Sifat anti keradangan zink membantu mencegah radang dan meningkatkan pembaharuan sel, mempercepatkan penyembuhan untuk kulit yang lebih sihat.
  • Merawat jerawat dan melegakan radang kulit untuk kulit yang sihat berseri
4. Permulaan Sihat, Keluarga Sihat

Zink bekerja bersama enzim lain untuk mengekalkan kesihatan sistem reproduktif untuk lelaki dan wanita.
  • Di kalangan wanita, zink membantu dalam pengawalan hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikel yang normal untuk membantu pergerakan telur menuju rahim, untuk proses penempelan.
  • Untuk lelaki, zink membantu meningkatkan jumlah sperma dan memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma
5. Meningkatkan Memori dan Pembelajaran

Hipokampus, pusat memori dan pembelajaran otak, mempunyai tahap zink
tertinggi.
  • Meningkatkan komunikasi antara neuron untuk memproses maklumat yang lebih cekap.
  • Melindungi saraf dan tisu otak.
6. Meningkatkan Tenaga dan Stamina

Zink membantu menukarkan makanan menjadi tenaga secara optimum supaya anda mempunyai tenaga untuk menjalani hari anda.
  • Meningkatkan prestasi sukan.
  • Menggalakkan kekuatan dan ketahanan otot yang lebih baik.
7. Mempercepatkan penyembuhan luka

Zink memainkan peranan penting dalam fungsi imun, melawan jangkitan dan membantu dalam penghasilan tisu baru, mengelakkan jangkitan pada luka.
  • Mengekalkan keutuhan dan struktur kulit.
  • Menghasilkan protein dan kolagen untuk menyembuhkan luka.
  • Memainkan peranan penting untuk pembekuan darah.
Secara ringkasnya, Zink penting untuk :
  • Memastikan anda kekal berfikiran tajam dengan ingatan yang kuat dan kebolehan belajar.
  • Mengekalkan kesihatan reproduktif supaya anda kekal subur.
  • Mengekalkan kekuatan otot untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
  • Menyokong pengeluaran tenaga untuk memastikan anda kekal aktif.

2) OMEGA GUARD

omega guard shaklee

Antara pelbagai lemak yang ada, terdapat satu yang anda tidak boleh kurangkan – asid lemak penting omega-3, dimana tubuh anda tidak mampu hasilkan sendiri. Dua jenis utama adalah EPA dan DHA, penting untuk kesihatan manusia.

Berfungsi sebagai perangsang otak supaya anda kekal cergas sepanjang masa. Asid lemak Omega-3 juga adalah lemak yang sihat atau ‘baik’ yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE :
  • Minyak Ikan Berpekatan Tinggi
OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).
  • Penyulingan Molekul Berganda
Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuard™ menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar. Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.
  • Sahabat Laut
Diiktiraf oleh Friend of the Sea® untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.

4 MANFAAT LUAR BIASA OMEGA GUARD UNTUK FUNGSI OTAK :

1. Menguatkan Memori dan Meningkatkan Keupayaan Pembelajaran

Apabila anda menghafal atau belajar sesuatu yang baru, sel otak anda berhubung dan  berkomunikasi antara satu sama lain dengan merembeskan bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter.

2. Mengekalkan Fungsi Kognitif yang Sihat Untuk Golongan Lanjut Usia.

Dengan peningkatan usia, ia menyebabkan penurunan penyerapan nutrien, memberi kesan kepada penggunaan DHA otak dan prestasi mental.

Alami penuaan yang sihat melalui pengambilan Omega-3 secara teratur untuk:
  • Merendahkan risiko penurunan kognitif.
  • Menggalakkan dan mengekalkan fungsi otak yang normal, terutamanya kognitif dan memori.
  • Mengurangkan risiko gejala-gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kognitif seperti Alzheimer dan dementia.
  • Menggalakkan saraf otak yang sihat dan penghantaran isyarat optimum.
3. Menggalakkan Mood Yang Baik dan Positif

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan EPA dan DHA, meningkatkan kepadatan saraf otak yang mengawal mood dan emosi. Sebagai elemen yang penting untuk minda yang ceria, Omega-3 membantu:
  • Membangkitkan mood.
  • Meningkatkan kesejahteraan emosi secara keseluruhan.

4. Meningkatkan Prestasi Mental.

Pengambilan Omega-3 menunjukkan :
  • Mempunyai kesan positif terhadap pemikiran, memori, dan tumpuan pemerhatian.
  • Menyokong pembelajaran yang optimum dan kemam puan membaca.
  • Meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak  untuk fungsi memori yang optimum.

4 MANFAAT LUAR BIASA OMEGA GUARD UNTUK KESIHATAN SENDI :

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, terdapat sedikit kesakitan dan keperitan yang mungkin boleh menjejaskan kehidupan anda dan menyebabkan aktiviti harian tidak selesa.

Omega-3 terkenal dengan manfaat kesihatan dan kebaikannya untuk sendi yang sihat seperti :

1. Menangani keradangan

Keradangan adalah penyebab utama sakit sendi. Ia boleh menjejaskan sendi anda menyebabkan ia menjadi merah, bengkak dan sakit.

Omega-3 didapati berkesan untuk menangani keradangan dengan:
  • Membantu mengurangkan pengeluaran eikosanoid dan cytokine yang menyebabkan degradasi rawan serta mengakibatkan kesakitan pada sendi.
  • Mengurangkan pengeluaran tandatanda keradangan yang menyebabkan keradangan.

2. Menggalakkan pergerakan dan kelenturan sendi.

Omega-3 bergabung bersama sel yang menghasilkan rawan sendi dan ianya membantu mengawal proses biasa untuk mengekalkan ketebalan tulang rawan pada sendi anda bagi menghasilkan pergerakan dan kelenturan sendi yang lebih baik.

3. Membantu mengurangkan kekejangan sendi, bengkak dan sakit.

Oleh kerana fungsinya yang hebat dalam mengawal keradangan, Omega-3 didapati berupaya membantu mengurangkan kesakitan, kekejangan dan bengkak pada bahagian sendi.

4. Bertindak sebagai pelincir sendi

Pelincir sendi dihasilkan secara semulajadi oleh sel pelincir tertentu pada sendi anda. Omega-3
juga:
  • Umpama seperti pelincir yang dipanggil cecair sinovial yang melindungi dan melincirkan sendi.
  • Membolehkan pergerakan sendi yang selesa.
  • Membolehkan sendi yang sakit dan berkeriut bergerak dengan bebas.

5 MANFAAT LUAR BIASA OMEGA GUARD UNTUK KESIHATAN JANTUNG :

Jantung, sebagai satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh anda, memerlukan nutrien tambahan untuk memastikannya mampu memenuhi keperluan tubuh. Asid lemak Omega-3 yang diketahui umum mempunyai ciri-ciri anti-radang, memainkan peranan penting dalam melindungi jantung.

1. Mengekalkan Profil Lipid yang Sihat

Profil lipid adalah merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolesterol, Kolesterol HDL (Kolesterol Baik), Kolesterol LDL (Kolesterol Jahat) dan trigliserida. Ia digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko anda terhadap penyakit jantung. Pengambilan Omega-3 secara teratur telah
didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan :
  • Meningkatkan paras kolesterol HDL (Kolesterol Baik)
  • Mengurangkan tahap trigliserida (iaitu Lemak dalam darah)
  • Merendahkan risiko penyakit jantung

2. Mengawal Tekanan Darah yang Sihat

Semakin tinggi tekanan darah anda, semakin tinggi risiko anda untuk mengalami masalah kesihatan
terutamanya, penyakit yang berkaitan dengan jantung. Tekanan darah tinggi memberikan tekanan pada saluran darah anda dan meningkatkan beban kerja pada jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat.

3. Memelihara Saluran Darah daripada Tersumbat

Saluran darah yang luas adalah penting untuk kesihatan kerana, jantung anda mengepam kira-kira
2,000 gelen darah sehari dan ia membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh anda. 

Omega-3 membantu :
  • Mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri, untuk pengaliran darah yang lancar.
  • Melegakan keradangan pada lapisan dalaman saluran darah.

4. Memberikan Anda Ritma Degupan Jantung yang Sihat

Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung anda berdegup (biasanya setiap minit) manakala ritma jantung adalah corak degupan jantung. Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa Omega-3 membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut.

5. Menyokong Peredaran Darah yang Sihat

Darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ, tisu, dan sel anda. Omega-3 membantu:
  • Mengurangkan risiko pembekuan darah.
  • Meningkatkan aliran darah dengan menormalkan kekerapan pengembangan dan penyempitan
  • saluran darah.

4 MANFAAT LUAR BIASA OMEGA GUARD BAGI MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN :

Asid lemak Omega-3 adalah LEMAK yang tidak menggemukkan!

Kita semua tahu bahawa asid lemak Omega-3 memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh manusia, seperti meningkatkan peredaran darah, kesihatan otak dan mengalakkan kesihatan sendi. Tetapi adakah anda tahu ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan
apabila disertai dengan senaman yang berkala dan pemakanan yang seimbang?

Jom dapatkan tubuh yang menawan dengan lemak sihat ini!

1. Mengawal Atur Tahap Lemak Badan Yang Sihat

Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia :
  • Meningkatkan kadar metabolik - kadar kalori badan yang anda bakar dalam sehari.
  • Meningkatkan kadar pembakaran lemak.
  • Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak.
  • Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita

2. Menyeimbangkan Rasa Kenyang

Dua hormon utama - ghrelin, dan leptin – berperanan mengawal rasa lapar dan
kenyang. Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3
didapati bermanfaat untuk mengawal atur dua hormon ini dan:
  • Meningkatkan rasa kenyang - anda berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama selepas makan.
3.  Meningkatkan Paras Insulin yang Sihat

Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan Omega-3 dapat membantu dengan :
  • Meningkatkan kepekaan insulin badan - semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak.
4. Mengurangkan Tekanan

Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. Omega-3 membantu mengawal atur tahap kortisol yang sihat, ia adalah hormon tekanan yang menyebabkan anda menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil.

3) COQ-TROL PLUS (COENZYME Q10)

coq-trol plus shaklee

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. 

Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE :
  • CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol.
  • Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.


coenzymq10

Berfungsi dalam meningkatkan penghasilan tenaga untuk mengekalkan tenaga, kekuatan dan
kesejahteraan anda sepanjang hari!

9 MANFAAT LUAR BIASA COQ-TROL PLUS :

1. Tukar Makanan Kepada Tenaga

Badan anda memerlukan kedua-dua zink dan koenzim Q10 untuk menukarkan makanan kepada tenaga.

2. Menyokong Pengeluaran Tenaga Optimum

Pada peringkat sel, anda memerlukan glukosa di dalam sel untuk penghasilan tenaga.

3. Mempercepat Proses Membina Otot 

Meningkatkan kekuatan otot untuk badan yang lebih sihat!

4. Mengekalkan Jisim dan Kekuatan Otot

Pengambilan nutrien untuk mengekalkan otot yang tidak mencukupi dari diet harian boleh membawa kepada kemerosotan otot, kesannya otot lemah di kemudian hari.

5. Menggalakkan Tidur Yang Lena

Mendapatkan tidur yang baik membantu untuk menyembuhkan dan mengecas  semula. Apabila bilangan lilin pada kek hari jadi anda bertambah, anda mungkin mendapati bahawa anda bangun
lebih awal, dapat melelapkan mata hanya untuk beberapa jam atau tidur pada siang hari.

6.Meningkatkan Peredaran Darah

Bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri, meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.

7. Mengoptimumkan Denyutan Jantung

Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung. Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung. Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.

8. Mempercepatkan proses pemulihan luka

CoQ10 menyokong penghasilan semula tisu yang rosak dengan meningkatkan penghasilan sel,
pembaikan tisu dan proses penyerapan oksigen ke dalam tisu, mempercepat penyembuhan luka. CoQ10 juga berperanan sebagai anti-radang dalam pemulihan luka.

9. Menyokong gaya hidup aktif anda

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 memberi manfaat kepada orang dewasa, dari atlet yang kerap melakukan latihan sehingga kepada orang biasa yang cuba mengekalkan jantung yang sihat dan kekal cergas.

Hasil kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu orang ramai untuk kekal aktif secara fizikal dan meningkatkan prestasi dengan menggalakkan penghasilan tenaga selular. Kini jantung anda dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih cekap, anda boleh berjalan lebih cepat dan berlari lebih jauh, dan anda dapat memberi lebih tumpuan.

4) VITAMIN E (Vita-E Complex)

vitamin e shaklee

Vitamin E adalah antioksidan dan ia penting untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Vitamin E juga membantu mengekalkan sistem imun yang kuat di mana kajian menunjukkan bahawa Vitamin E meningkatkan fungsi imun dikalangan orang-orang tua.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE :

  • Satu kapsul menyediakan 400IU vitamin E dari sumber semula jadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.
  • 65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum.
  • 39.4mg Ekstrak Biji Anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.

MANFAAT LUAR BIASA VITAMIN E :

Mengekalkan badan yang sihat untuk memulakan keluarga melibatkan nutrien tertentu. Ianya  antioksidan penting yang bertindak sebagai penggalak kesuburan bagi lelaki supaya anda bersedia untuk merancang keluarga sepanjang tahun.
  • Melindungi sperma anda dari serangan radikal bebas.
  • Memastikan sperma sihat supaya mereka berenang ke arah yang betul.
  • Mengekalkan paras testosteron yang sihat untuk penghasilan sperma yang sihat.Testosteron adalah hormon penting dan utama untuk fizikal dan kesihatan seksual lelaki.
  • Mengoptimumkan kesihatan dan hormon lelaki.

Jadi, inilah MASANYA! Melangkah ke arah kesihatan yang lebih baik.


set kesihatan lelaki shaklee





******************************************


Hubungi Zai untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee.


Zailatul Akmal

Shaklee Independent Distributor




TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :)

No comments:

Post a Comment

zinniaza.com © . Designed by MaisarahSidi.com