KELLIE'S CASTLE : JALAN-JALAN, SEJARAH, HARGA TIKET & WAKTU OPERASI

ISNIN lepas, ada jalan-jalan ke Kellie’s Castle. Nama je asal Ipoh, tapi tak pernah jejak Kellie’s Castle. Jadi, bila ada kesempatan je, terus pergi. Nasib baik tak ramai orang masa tu sebab pergi hari kerja/sekolah. Bolehlah bergambar sakan kan?


Kellie’s Castle

Sejarah Kellie’s Castle

Pada awal tahun 1890-an, pengusaha British juga telah membuka estet-estet getah di sekitar Batu Gajah. Antaranya ialah Ladang Kinta Kellas, Ladang Kinta Valley, Ladang Harewood, Ladang Sengat dan lain-lain. Antara pengusaha British yang paling terkenal di Batu Gajah ialah William Kellie Smith dan Alma Baker. 

William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung bernama Kellas di bahagian timur laut Scotland. Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 ketika berusia 20 tahun. Semasa di Pulau Pinang, beliau berkenalan dengan Alma Baker, seorang kontraktor di Kinta. Beliau kemudiannya berjaya di Batu Gajah sebagai pengusaha ladang getah Kellas Estate, Kinta Kellas Estate, dan lombong bijih timah Kinta Kellas Dredging Company. 

Di zaman kegemilangannya, hartawan Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras.

Bangunan yang mempunyai 14 bilik, sebuah cellar dan terowong rahsia itu juga akan dilengkapkan dengan lift iaitu yang pertama di Tanah Melayu. Di tingkat kedua, akan dibina sebuah padang tenis dengan lantai simen. Berita mengenai bangunan itu pernah disiarkan dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Akhbar itu menyifatkan rumah ketua pengurus Ladang Kellas itu mungkin yang paling unik di seluruh Timur Jauh, baik dari segi bentuk mahupun besarnya.

Apabila Perang Dunia Pertama tamat, sejenis wabak Spanish Flu merebak dari Eropah ke Asia, sampai Tanah Melayu dan juga Ladang Kellas. Ramai pekerja ladang dijangkiti wabak itu meninggal dunia. Ketua pekerja meminta Kellie Smith membina sebuah kuil supaya mereka boleh mendoakan keselamatan pekerja dari wabak tersebut.

Kellie Smith fasih bertutur bahasa Tamil dan Melayu. Beliau mengarahkan semua tukang yang sedang membina Kellas House supaya membina sebuah kuil baru di kawasan ladang berhampiran dengan jalan raya. Di bumbung kuil itu terdapat sebaris patung dewa Hindu dan di tengah-tengah barisan tersebut terdapat sebuah patung yang memakai pakaian pengurus ladang bangsa Eropah dengan topi putih. Kuil tersebut masih digunakan oleh pekerja Ladang Kinta Kellas hingga ke hari ini. 

Walau bagaimanapun bangunan Kellas House tidak dapat disiapkan pembinaannya apabila Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun. Sungguhpun Kellas House atau Kellie's Castle itu hanya seperti bangunan dalam keadaan 'sedang dibina', namun keunikannya menjadi salah satu tarikan pengunjung ke Batu Gajah kini.

















Balkoni Serambi Berhantu

William Kellie Smith telah mati akibat pneunomia di Lisbon, Portugal dan telah dikebumikan di tanah perkuburan British. Namun rohnya dikatakan berlegar pada waktu malam terutamanya di sepanjang koridor ini.

Kellie’s Castle Disebelungi Misteri

Pada Jun 2003, ketika kerja-kerja melebarkan jalan Gopeng-Batu Gajah berdekatan dengan istana ini sedang dilaksanakan, para pekerja secara tidak sengaja telah mengorek sebahagian daripada terowong setinggi 1.5 m dan 1 m lebar iaitu ketika jentera pengorek sedang memecahkan struktur kayu.

Terowong ini mungkin menghubungkan istana dengan sebuah kuil hindu, dipercayai salah satu daripada empat laluan keselamatan yang dibina oleh William Kellie Smith. Satu terowong lagi menghala ke pintu masuk garaj di sebelah selatan & terowong yang ketiga menghala ke jalan utama di sebelah timur. Di mana letaknya terowong yang keempat tidak diketahui.

Beberapa orang saksi mengatakan bahawa mereka pernah terserempak sebuah kereta berwarna hitam dalam salah sebuah terowong tersebut pada 1960-an.

Penduduk tempatan percaya bahawa istana ini berhantu kerana ramai pekerja telah mati sejak pembinaannya. Terdapat juga khabar angin yang mengatakan bahawa askar Jepun membunuh orang di dalam istana ini semasa Perang Dunia ke-3.

Ada juga orang yang mengatakan yang mereka pernah ternampak bayang-bayang William Kellie Smith berjalan-jalan di koridor. Walaupun beliau sudah mati di Portugal, dipercayai bahawa rohnya tidak tenang kerana impiannya untuk membina istana untuk isterinya, Agnes atau mungkin untuk meningkatkan kedudukan sosial beliau. Terdapat juga orang yang mengatakan bahawa mereka pernah terserempak jelmaan Helen di bilik tidurnya.

Pada tahun 1918, sejenis selsema Sepanyol yang kuat telah membunuh ramai pekerja ladang Tamil dan pengukir. Komuniti India telah meminta William supaya membina sebuah kuil untuk dewa Mariamman sebagai tanda memohon maaf dan bagi mendapatkan perlindungan. Setelah itu, penyakit selsema pun berakhir. Sebagai membalas jasa baik William, komuniti India telah membina patung beliau berdiri di sebelah dewa-dewa Hindu di bumbung kuil. Ukiran ini masih boleh dilihat sehingga ke hari ini di Kuil Sri Mahamariamah Ladang Kinta anggaran 500 ela jaraknya dari istana ini.


Zai panjat sampai atas bumbung tu. Cantik dapat tengok view dari atas tu. Oh ya, sebelum sampai ke kaunter tiket tu, ada kafeteria juga ya. Tapi ada rasa sedikit tak puas hati lah bila tengok banyak sangat lalat kat kafeteria tu. Nak duduk makan-minum kat situ pun tak senang kalau tengok lalat banyak macam tu sekali.

Waktu Operasi Kellie’s Castle

Istana ini dibuka kepada kunjungan awam dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang (setiap hari).

Alamat Kellie’s Castle

Kellie's Castle,
Batu 5, Jalan Gopeng,
31000 Batu Gajah

Harga tiket masuk  Kellie's Castle

RM5.00 (Warganegara)
RM10.00 (Bukan Warganegara)

Ada tak pembaca blog www.zinniaza.com yang dah pergi ke Kellie’s Castle ni?
Kalau dah, tahun bila tu korunk pergi? Share la sikit pengalaman masa pergi sana.

Kita jumpa di NEXT ENTRY.


6 comments:

  1. Bestnyaaa jalan2. Hihi. YEA pegi masa dlu xmasuk dalam pun, bergambar dekat tulisan Kellie's Castle tu je hahaha sebab ramai org sgat2, lgpun dh petang masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik la haritu pergi tak ramai orang.
      blh kira dengan jari je bape org.
      syiok gila.hohoho!

      Delete
  2. Tak pernah sampai lagi kat sini tapi ada dalam wishlist antara tempat zumal nak pergi

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pergi lagi tapi teringin sangat nak pergi.

    ReplyDelete

zinniaza.com © . Designed by MaisarahSidi.com