10 kebaikan Ostematrix | Siapa perlukan Ostematrix? | Testimoni Ostematrix Shaklee

shaklee ostematrix

Kalau kita lihat dekat carta 10 jualan terbaik Shaklee, Ostematrix berada di tangga ke lima teratas tau.Jangan disangka sekecil-kecil botol Ostematrix tu produk "biasa-biasa" ya. 

top 10 produk shaklee best seller

Keistimewaan Ostematrix Shaklee

Diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang.

Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.

ostematrix shaklee

ostematrix bukan sekadar kalsium

Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix® menunjukkan peningkatan dalam paras kalsium darah yang signifikan, diukur dalam tempoh 12-jam. Kalsium perlu diserap terlebih dahulu supaya badan boleh menggunakannya untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.

ostematrix bukan sekadar kalsium

Anda Memerlukan Lebih Daripada Kalsium untuk Tulang Yang Kuat


  • Kalsium - Bahan asas untuk membina tulang
  • Magnesium - Membantu menghantar kalsium kepada tulang
  • Boron - Membantu metabolisme tulang
  • Vitamin D - Merangsang penyerapan kalsium
  • Kuprum, Zink and Mangan - Mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang

Apa 10 kebaikan Ostematrix Shaklee?
  1. Membantu mengurangkan sakit simpul biawak untuk ibu hamil
  2. Mengurangkan masalah kekejangan otot
  3. Bertindak sebaga pelawas
  4. Sesuai untuk ibu hamil, berpantang dan juga menyusu
  5. Mengekalkan gigi dan gusi yang sihat
  6. Menguatkan otot dan tulang
  7. Memberi tenaga
  8. Sumber kalsium
  9. Membantu masalah sakit sendi, bisa tumit dan sendi
  10. Mengurangkan masalah senggugut

Siapa perlukan Ostematrix?

1) Wanita berpantang

Ibu yang sedang berpantang mudah mengalami sakit gigi dan tulang kerana menggunakan banyak kalsium untuk menghasilkan susu kepada bayi.

Ostematrix juga membantu :
  • mendapatkan tidur yang lena
  • mengurangkan sembelit
  • membantu menguatkan sendi & otot

2) Yang kerap mengalami masalah sembelit

Kalsium adalah sumber semulajadi yang mudah diserap sementara vitamin D merangsangkan penyerapan kalsium dan menguatkan tulang serta otot.

Ostematrix juga membantu :
  • melancarkan sistem penghadaman
  • melawaskan
  • mengurangkan kekejangan otot
  • menguatkan tulang

3) Warga emas

Semakin meningkat umur, keperluan kalsium juga semakin meningkat.

Warga emas yang sumber kalsium dalam tubuhnya tidak mencukupi akan mula menunjukkan tanda-tanda seperti :
  • tulang semakin rapuh
  • badan mula membongkok
  • gigi mudah tercabut & rongak
  • sakit lutut & sendi
  • sakit sendi & kaki
  • lenguh-lenguh badan

4) Wanita menyusu

Ibu yang sedang menyusu sangat memerlukan kalsium untuk menghasilkan susu bayi terutamanya pada peringkat awal.

Penghasilan susu yang cukup akan membantu bayi kenyang dan mendapat nutrient yang mencukupi.

Ostematrix juga membantu :
  • mengurangkan sakit sendi dan tulang ibu
  • menghasilkan susu yang berkualiti

5) Sakit lutut & sendi

Usia yang semakin meningkat menyebabkan kesihatan dan nutrisi mula susut, membuatkan kita mudah mengalami masalah lutut dan sendi.

Ostematrix membantu :
  • menguatkan tulang dan otot
  • memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  • menjaga kesihatan sendi

6) Aktif bersukan

Sumber kalsium, magnesium dan Vitamin D menyokong kekuatan sendi dan tulang. Mereka yang aktif bersukan memerlukan ketumpatan tulang yang tinggi untuk menyokong pergerakan.

Ostematrix membantu :
  • memudahkan otot mengecut dan relax dengan betul
  • mengurangkan tekanan darah

7) Ibu hamil

Ibu yang sedang hamil memerlukan kalsium untuk menguatkan tulang, gigi dan otot untuk menampung berat bayi.

Ostemarix juga membantu :
  • mengelakkan kekejangan otot
  • mengurangkan sembelit
  • menguatkan tulang dan gigi bayi bersama

8) Wanita kerap senggugut

Paras kalsium akan menurun semasa haid lantas menyebabkan kekejangan otot rahim & perut.

Ostematrix akan membantu :
  • menaikkan semula paras kalsium
  • mengurangkan sembelit
  • menguatkan otot dan sendi
  • mestabilkan mood dan emosi

Testimoni Ostematrix
*akan dimasukkan di entri ini dari semasa ke semasa :)


testimoni ostematrix

testimoni ostematrix 1

testimoni ostematrix 2

testimoni ostematrix 3

testimoni ostematrix 4

testimoni ostematrix 5

testimoni ostematrix 6

testimoni ostematrix 7

testimoni ostematrix 8

testimoni ostematrix 9

testimoni ostematrix 10

testimoni ostematrix 11

testimoni ostematrix 12

testimoni ostematrix 13

testimoni ostematrix 14

testimoni ostematrix 15

testimoni ostematrix 16

testimoni ostematrix 17


******************************************

Hubungi Zai untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee.



Zailatul Akmal

Shaklee Independent Distributor



TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :)

11 KEBAIKAN VIVIX UNTUK WARGA EMAS | PROMOSI VIVIX SHAKLEE

Boleh dikatakan setiap bulan rekod jualan VIVIX adalah lebih tinggi berbanding jualan produk Shaklee yang lain.

Ini adalah kerana Vivix sentiasa mendapat pesanan berulang dari pelanggan setiap bulan.
Ada yang mengamalkannya untuk diri sendiri dan ada juga yang sentiasa membekalkan Vivix ini kepada kedua-dua orang tua mereka.

Setiap anak mesti mahu beri yang terbaik untuk ibu bapa mereka. Betul?

Jadi dalam entri kali ni, kita nak share 11 KEBAIKAN VIVIX UNTUK WARGA EMAS.

Dan barulah anda tahu kenapa Vivix telah menjadi pilihan utama si anak-anak untuk dihadiahkan kepada ibu bapa mereka setiap bulan.

KEBAIKAN VIVIX

1) Mudah ditelan kerana Vivix adalah dalam bentuk cecair

2) Memberi tenaga tanpa meninggikan gula dalam darah

3) Mengurangkan masalah lenguh badan & rasa kebas

4) Membantu mengurangkan risiko Alzhiemer (nyanyuk)

5) Mengurangkan risiko penyakit jantung

6) Membantu masalah sakit sendi (arthritis) dan lutut

7) Membantu melancarkan perjalanan darah & elak strok

8) Anti-penuaan, membantu warga emas kekal awet muda & kulit tegang

9) Menstabil hormon & sangat disyorkan buat wanita menopaus

10) Warga emas rasa lebih bertenaga semasa menunaikan ibadah umrah & haji

11) Bersifat anti-radang & membantu pesakit gout
.
.
.
.
.
Zai nasihatkan anda untuk merebut peluang promosi besar-besaran Vivix yang berlangsung sepanjang bulan ini iaitu :


Beli 2 botol Vivix, dari harga asal Vivix RM950 jadi harga promosi RM684 sahaja!
.
.
.

RM684 SAHAJA!

Dan anda juga akan dapat seperti yang tertera di poster bawah ini. :)

PROMOSI VIVIX SHAKLEE

Promosi harga RM684.00 ini hanya SAH sehingga hujung bulan ini sahaja.

Lepas bulan ini memang tiada lagi. Harap maklum.



******************************************


Hubungi Zai untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee.


Zailatul Akmal

Shaklee Independent Distributor




TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :)

Menjadi Tunangan Orang @ Kursus Kahwin

Pejam celik pejam celik sudah 2 bulan lebih menjadi tunangan orang. :)



Mesti ada yang tertanya-tanya kan, mana lah Zai ni.
Sebelum ni bukan main aktif kat blog.
Tup tup, terus hilang . . senyap . . membisu . .

Ini lah ceritanya.
Pada tarikh 9 Disember 2018,
Berlakunya MAJLIS PERTUNANGAN zai.
Di rumah Ipoh.

Jadi sebelum nak dekat majlis tu,
Sibuk lah buat preparation.
Tu yang mood nak aktif blog tu hilang ntah ke mana. :P

Sebelum zai cerita lebih lanjut,
Jom kita layan dulu beberapa keping gambar masa MAJLIS PERTUNANGAN haritu.

.
.
.
.
.

Alhamdulillah :) 



Pelamin tunang.
sebenarnya tunang ni tak perlu pelamin pun tapi sebab nak bergambar, tu ambik juga pelamin :) )






 Hantaran dari pihak perempuan.











Jamuan makan tengahari pun ada disediakan juga. :)




Eh, gambar dengan encik tunang pun ada?
( saja untuk bergambar kenangan :) )





Nak tengok FULL VIDEO sepanjang majlis tunang tu,
boleh tengok di IG TV instagram @zinniazadotcom
Boleh klik sini kalau nak tengok.
Video tu Zai edit sendiri je. :)

Untuk pengetahuan sahabat @ pembaca blog,
Kami ikat tak lama.
Majlis kahwin pun akan berlangsung tak lama je lagi.
Duk membilang hari je ni.:)

Sebab tu, lepas habis je majlis tunang tu,
Zai lagi lah bertambah sibuk.
Pergi kursus kahwin.
Buat permohonan nikah.
Persiapan majlis lagi dan macam-macam lah.

Mohon doa dari kalian moga majlis kahwin kami nanti berjalan lancar. :) 

Kat bawah ni, zai share lah ya siapa zai tempah/hire untuk majlis tunang zai hari tu supaya boleh jadi panduan untuk yang bakal bertunang atau berkahwin lepas ni. :)

Pelamin

Pelamin tunang zai ambil dari Raz, IG @razzcipta

Asalnya, zai dah bayar booking untuk tempah pelamin tunang dari satu IG ni.
( taknak lah bagitau nama ig tu )
Cantik pelamin dia. Berkenan sangat.
Masa tu IG tu memang ada buat promosi.

Lepas dah bayar, alih-alih, orang tu gtaw dia silap.
Pelamin yang zai bayar booking tu dh ada orang booking lagi awal lagi.
Dia minta maaf dan terus refund.

Jadi zai survey lain.
Cari punya cari, 
Teringat kat IG @razzcipta ni.
Sebab sebelum tu dah "usha" awal dh.

Terus zai whatsapp raz.
Zai cakap lah, zai dah book pelamin  dari ig lain sebelum tu, tapi org tu silap.
Zai siap tunjuk gambar pelamin tu kt raz.
Raz cakap raz boleh buat lebih kurang macam pelamin tu.
Takde lah sebijik-sebijik, tapi ada lah sipi-sipi kan. Huhu

Jadi bila tiba hari nak pasang pelamin tunang tu,
Zai nak cakap pelamin raz buat ni lagi cantik dari pelamin asal dari IG lain tu!
Hebat betul lah hasil tangan dari seorang RAZ ni.

Semua puji pelamin cantik!
Pelamin yang simple tapi boleh buat orang yang melihat pelamin tu rasa berbunga-bunga gitu.

Terima kasih Raz! :)

Mekap

Mekap tunang haritu, zai pilih Lin, IG @miracletouch_by_lyn 
Lin mekap haritu memang PEH! Cantik sangat.
Ramai orang puji. Ramai yang tanya siapa mekapkan.

Masa majlis nikah, sanding dan bertandang nanti pun zai pilih Lin lagi untuk mekapkan!
Haaa, gila kan?

Memang gila pun. Zai gilakan hasil tangan Lin tu. Dah lama "usha" hasil kerja mekap beliau.

Setiap step mekap hari tu pun mesti Lin akan baca Bismillah.

Pagi-pagi lagi dah whatsapp Zai tanya dah bangun ke belum?
Wahhh terbaiklah. Hahaha
    Photographer

    Untuk ambik gambar sepanjang majlis bertunang berlangsung, zai hire Sam dari IG @thedanpixsco

    Sam ni bagus, peramah orangnya. Kalau kita tak pandai atau takde idea macam mana nak pose bergambar, Sam akan beri idea. Haha, TQ Sam!

    Katering

    Terima kasih buat Sha Food yang sediakan makanan-makanan yang sedap-sedap belaka haritu.
    Semua puji sangat-sangat sedap! :)

    Servis dan layanan yang diberikan dari awal ambik tempahan sampailah habis majlis, 5 bintang Zai bagi. Terbaik!

    Ikutkan masa kahwin ( majlis nikah dan sanding ) nanti pun nak ambik Sha Food sekali lagi.
    Tetapi memandangkan kami awalkan sehari majlis sanding tu dari plan asal, tarikh tu pula Sha Food dah full. Sedih sangat. Tapi takpelah, masa majlis nikah nanti still dapat guna servis katering Sha Food. Yeah dapat lagi makan lauk-lauk Sha Food masak! :)

    Kursus Kahwin 

    Haritu zai pilih KURSUS KAHWIN IPOH @ RAUDHAH.
    Best ambik kursus kahwin kat sini.
    RM100 saja yuran untuk kursus selama 2 hari.
    Ada makan minum pagi dan tengahari disediakan.

    Lepas je habis kursus,
    terus buat permohonan nikah.
    Sebelum ni selalu fikir mesti rumit nk buat permohonan.
    Rupanya senang je.

    Rasa macam dipermudahkan je segala urusan kali ni.
    Syukur Alhamdulillah.

    .
    .
    .
    .
    .

    Habis sudah cerita untuk entri kali ni.
    Hewww hewww!

    Zai ingat zai nak buat giveaway  la lepas kahwin tak lama lagi
    Rasanya last buat giveaway tahun 2016 kot.

    Kalau zai buat giveaway lagi, ada yang nak join tak?
    Of course lah ada hadiah-hadiah menarik.:)

    .
    .
    .
    .
    .
    Okay, kita jumpa lagi di entry yang lain ya.
    Bye. . . :)


    XOXO,
    Zai

    Celebrate Your Love With Vivix Twin Pack & YOUTH Starter Set

    CELEBRATE Your Loved Ones Today ! ❤️


    Bulan ni kami ada kempen CELEBRATE YOUR LOVED ONES untuk semua pelanggan setia.

    Sebagai tanda penghargaan kami untuk anda.

    vivix shaklee
    Klik gambar untuk info tentang Vivix :)
    youth skin care shaklee
    Klik gambar untuk info tentang YOUTH :)

    Setiap pembelian Vivix Twin Pack atau YOUTH Starter Set daripada Zai akan menerima packaging istimewa yang boleh buat hati si penerima terus jatuh cinta. 

    Mereka akan berasa istimewa dan dihargai. 

    Kerana dirinya begitu berharga.

    Bukan tu saja, harga promo mampu milik akan diberi kepada anda.

    Ada lagi ! Diskaun, Cash Back, Free Membership kepada pelanggan ๐Ÿ˜

    Inilah peluang untuk anda hadiahkan Vivix dan YOUTH pada diri sendiri, isteri, atau ibu bapa tersayang " CELEBRATE YOUR LOVED ONES ! " 

    And we cherish you enough to give all these to you. 

    Boleh request nak tulis ucapan apa pada kad tau ๐Ÿ˜˜ 


    ******************************************


    Hubungi Zai untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee.


    Zailatul Akmal

    Shaklee Independent Distributor




    TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE :)
    zinniaza.com © . Designed by MaisarahSidi.com