Menjadi Tunangan Orang @ Kursus Kahwin

Pejam celik pejam celik sudah 2 bulan lebih menjadi tunangan orang. :)



Mesti ada yang tertanya-tanya kan, mana lah Zai ni.
Sebelum ni bukan main aktif kat blog.
Tup tup, terus hilang . . senyap . . membisu . .

Ini lah ceritanya.
Pada tarikh 9 Disember 2018,
Berlakunya MAJLIS PERTUNANGAN zai.
Di rumah Ipoh.

Jadi sebelum nak dekat majlis tu,
Sibuk lah buat preparation.
Tu yang mood nak aktif blog tu hilang ntah ke mana. :P

Sebelum zai cerita lebih lanjut,
Jom kita layan dulu beberapa keping gambar masa MAJLIS PERTUNANGAN haritu.

.
.
.
.
.

Alhamdulillah :) 



Pelamin tunang.
sebenarnya tunang ni tak perlu pelamin pun tapi sebab nak bergambar, tu ambik juga pelamin :) )






 Hantaran dari pihak perempuan.











Jamuan makan tengahari pun ada disediakan juga. :)




Eh, gambar dengan encik tunang pun ada?
( saja untuk bergambar kenangan :) )





Nak tengok FULL VIDEO sepanjang majlis tunang tu,
boleh tengok di IG TV instagram @zinniazadotcom
Boleh klik sini kalau nak tengok.
Video tu Zai edit sendiri je. :)

Untuk pengetahuan sahabat @ pembaca blog,
Kami ikat tak lama.
Majlis kahwin pun akan berlangsung tak lama je lagi.
Duk membilang hari je ni.:)

Sebab tu, lepas habis je majlis tunang tu,
Zai lagi lah bertambah sibuk.
Pergi kursus kahwin.
Buat permohonan nikah.
Persiapan majlis lagi dan macam-macam lah.

Mohon doa dari kalian moga majlis kahwin kami nanti berjalan lancar. :) 

Kat bawah ni, zai share lah ya siapa zai tempah/hire untuk majlis tunang zai hari tu supaya boleh jadi panduan untuk yang bakal bertunang atau berkahwin lepas ni. :)

Pelamin

Pelamin tunang zai ambil dari Raz, IG @razzcipta

Asalnya, zai dah bayar booking untuk tempah pelamin tunang dari satu IG ni.
( taknak lah bagitau nama ig tu )
Cantik pelamin dia. Berkenan sangat.
Masa tu IG tu memang ada buat promosi.

Lepas dah bayar, alih-alih, orang tu gtaw dia silap.
Pelamin yang zai bayar booking tu dh ada orang booking lagi awal lagi.
Dia minta maaf dan terus refund.

Jadi zai survey lain.
Cari punya cari, 
Teringat kat IG @razzcipta ni.
Sebab sebelum tu dah "usha" awal dh.

Terus zai whatsapp raz.
Zai cakap lah, zai dah book pelamin  dari ig lain sebelum tu, tapi org tu silap.
Zai siap tunjuk gambar pelamin tu kt raz.
Raz cakap raz boleh buat lebih kurang macam pelamin tu.
Takde lah sebijik-sebijik, tapi ada lah sipi-sipi kan. Huhu

Jadi bila tiba hari nak pasang pelamin tunang tu,
Zai nak cakap pelamin raz buat ni lagi cantik dari pelamin asal dari IG lain tu!
Hebat betul lah hasil tangan dari seorang RAZ ni.

Semua puji pelamin cantik!
Pelamin yang simple tapi boleh buat orang yang melihat pelamin tu rasa berbunga-bunga gitu.

Terima kasih Raz! :)

Mekap

Mekap tunang haritu, zai pilih Lin, IG @miracletouch_by_lyn 
Lin mekap haritu memang PEH! Cantik sangat.
Ramai orang puji. Ramai yang tanya siapa mekapkan.

Masa majlis nikah, sanding dan bertandang nanti pun zai pilih Lin lagi untuk mekapkan!
Haaa, gila kan?

Memang gila pun. Zai gilakan hasil tangan Lin tu. Dah lama "usha" hasil kerja mekap beliau.

Setiap step mekap hari tu pun mesti Lin akan baca Bismillah.

Pagi-pagi lagi dah whatsapp Zai tanya dah bangun ke belum?
Wahhh terbaiklah. Hahaha
    Photographer

    Untuk ambik gambar sepanjang majlis bertunang berlangsung, zai hire Sam dari IG @thedanpixsco

    Sam ni bagus, peramah orangnya. Kalau kita tak pandai atau takde idea macam mana nak pose bergambar, Sam akan beri idea. Haha, TQ Sam!

    Katering

    Terima kasih buat Sha Food yang sediakan makanan-makanan yang sedap-sedap belaka haritu.
    Semua puji sangat-sangat sedap! :)

    Servis dan layanan yang diberikan dari awal ambik tempahan sampailah habis majlis, 5 bintang Zai bagi. Terbaik!

    Ikutkan masa kahwin ( majlis nikah dan sanding ) nanti pun nak ambik Sha Food sekali lagi.
    Tetapi memandangkan kami awalkan sehari majlis sanding tu dari plan asal, tarikh tu pula Sha Food dah full. Sedih sangat. Tapi takpelah, masa majlis nikah nanti still dapat guna servis katering Sha Food. Yeah dapat lagi makan lauk-lauk Sha Food masak! :)

    Kursus Kahwin 

    Haritu zai pilih KURSUS KAHWIN IPOH @ RAUDHAH.
    Best ambik kursus kahwin kat sini.
    RM100 saja yuran untuk kursus selama 2 hari.
    Ada makan minum pagi dan tengahari disediakan.

    Lepas je habis kursus,
    terus buat permohonan nikah.
    Sebelum ni selalu fikir mesti rumit nk buat permohonan.
    Rupanya senang je.

    Rasa macam dipermudahkan je segala urusan kali ni.
    Syukur Alhamdulillah.

    .
    .
    .
    .
    .

    Habis sudah cerita untuk entri kali ni.
    Hewww hewww!

    Zai ingat zai nak buat giveaway  la lepas kahwin tak lama lagi
    Rasanya last buat giveaway tahun 2016 kot.

    Kalau zai buat giveaway lagi, ada yang nak join tak?
    Of course lah ada hadiah-hadiah menarik.:)

    .
    .
    .
    .
    .
    Okay, kita jumpa lagi di entry yang lain ya.
    Bye. . . :)


    XOXO,
    Zai

    6 comments:

    1. Oh patut lama hilang. Hahaha. Tahniah kak Zai! Semoga urusan lepas ni dipermudahkan. Haah pelamin cantik sangat! Suka tengok.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Terima kasih yea!
        Terima kasih juga atas doanya. :)

        Delete
    2. wah tahniah! semoga dipermudahkan

      ReplyDelete

    zinniaza.com © . Designed by MaisarahSidi.com